seismik

"Maaf Kami Kekurangan Doktor" - Tular Notis Hospital Beritahu Masa Menunggu Sampai 5 Jam

Luahan itu ditulis pada papan putih.

Cover image via Syahid Said (Facebook) & Malaysia Kini (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular apabila sebuah hospital mendakwa mengalami masalah kekurangan doktor

Dalam satu luahan di papan putih, mereka juga memberitahu bahawa pesakit mungkin terpaksa menunggu sehingga lima jam untuk mendapatkan rawatan doktor.

"Harap maaf, kami mengalami masalah kekurangan doktor. Masa menunggu mungkin sampai lima jam. Doktor kami bekerja sampai hendak pengsan dan ada yang sakit pun masih bekerja.

"Malah, ada yang sudah letak jawatan dan bekerja di (hospital) swasta," tulis notis tersebut.

Dakwa ada petugas yang sudah letak jawatan dan pergi ke hospital swasta

Menerusi perkongsian tersebut, pekerja hospital juga meminta agar pesakit bersabar dan faham akan situasi yang dialami.

Menurut mereka, ada petugas yang sudah letak jawatan dan beralih ke hospital swasta. Namun, masih ada yang setia di sini untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Kami ingin berkhidmat kepada rakyat. Tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit. Harap tuan-tuan dan puan-puan faham. Kami minta maaf,
" tulisnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malay Mail

Lihat posting itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: