"Ustaz Rasa Mereka Selesa Ke" - Setahun Belajar Di Lantai, ADUN 'Sound' Wakil JAIM
Setahun tu bukan sekejap tau.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini selepas video Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh mengamuk di sebuah sekolah agama di Melaka
Ia berlaku selepas beliau mendapat tahu murid-murid di sekolah tersebut tidak mempunyai meja dan kerusi untuk belajar.
Lebih membuatkannya terkejut adalah apabila beliau dimaklumkan sudah setahun murid-murid berkenaan belajar di atas lantai.
Mengamuk dengan sikap sambil lewa JAIM
Menerusi video tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu dilihat menjelaskan peruntukan bagi membeli kerusi dan meja itu telah diperolehi JAIM pada akhir tahun lalu.
Difahamkan, seorang wakil daripada JAIM telah menjelaskan perolehan dari bahagian kewangan kerajaan negeri tidak diperolehi sehingga kini.
Perkara itu membuatkan beliau marah dan menyelar tindakan lambat pihak JAIM berkenaan isu itu.
"Setahu saya peruntukan sudah dapat Disember tahun lepas lagi, kenapa sampai sekarang tidak dapat lagi peruntukan untuk membeli kelengkapan ini. Kesian anak-anak, ustaz tak kesian ke tengok anak-anak ni.
"Nak ambil masa berapa bulan lagi, ini sudah bulan lima. Kalau peruntukan tidak dapat lagi saya tahu la, ini sudah lama dapat," katanya.
Beliau turut dilihat menghubungi seorang pegawai atasan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan peruntukan yang diberikan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!