seismik

Selamat Hari Guru! Ini Pengalaman Pahit & Manis Dikongsi Rakyat Malaysia Masa Di Sekolah

Apa-apa pun terima kasih kerana telah mendidik kami.

Cover image via Berita Harian & Mstar (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sambutan hari guru disambut setiap 16 Mei bagi menghargai jasa para pendidik

Pasti ramai di sini yang masih ingat pengalaman pahit dan manis ketika di sekolah betul tak? Tambahan pula, masih ingat pada guru-guru anda sehingga ke hari ini.

Tetapi, tanpa mereka tidaklah kita berjaya sehingga ke hari ini. Tentu pelbagai kenangan yang berlegar dalam fikiran kita.

Kami berkesempatan untuk bertanyakan pengalaman segelintir rakyat Malaysia tentang momen bersama guru yang masih diingat. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

Pengalaman manis bersama guru yang masih ingat?

"Saya dapat lepak dengan cikgu dekat bilik guru. Banyak perkara diceritakan." (Maisha, 26).

"Cikgu sanggup masak nasi lemak untuk jamuan hari guru sekolah, sedangkan pelajar nak sambut hari istimewa diaorang." (Nina, 28)

"Pernah cikgu sekolah merangkap warden asrama jemput pergi makan rumah dia, masa itu 8 orang saja dijemput termasuk dorm kami sebab nearest to her house. Kenangan manis sebab masa itu semua tak ada parents kan dekat asrama, jadi rasalah ada mak masakkan." (Anon, 27)

"Cikgu layan macam anak sendiri, caring selalu tanya belajar okay ke tak." (Nia, 30)

"Saya tahu kedengaran agak tidak adil, tapi ada satu waktu dulu masa ujian dalam kelas, cikgu bagi hint jawapan sebab soalan susah sangat." (Manja, 31)

"Selalu kena pilih kalau ada apa-apa pertandingan yang sesuai. Cikgu selalu bagi perhatian dekat geng kita orang sampai kena panggil 'geng jilat' tapi kami tak kisah sebab senang dapat soalan atau tips penting untuk belajar." (Khai, 26)

Pengalaman pahit yang guru anda berikan di sekolah?

"Sedih, kena panggil dengan perkataan yang kurang baik." (Maisha, 26)

"Saya kena cubit perut sebab jawab soalan matematik salah." (Nina, 28)

"Ada ke patut cikgu bio suruh ambil kanta pembesar tenung soalan depan classmate lain sebabnya saya seorang saja yang salah soalan tu." (Anon, 27)

"Kena halau dari kelas sejarah sebab tak bawa buku. Cikgu pula tak bagi masuk kelas sampai SPM. Jadi, kena belajar sendiri dekat library setiap kali waktu sejarah. Alhamdulillah result dapat A-." (Nia, 30)

"Kena rotan sebab gagal subjek Sejarah." (Manja, 31)

"Cikgu rotan tanpa sebab! Mungkin sebab dia emosi kot? saya pun tak tahu." (Khai, 26)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malaysia Gazette

Apa nasihat guru anda beri pada anda masih ingat sehingga sekarang?

"Tak lain tak bukan selain nasihat suruh belajar elok-elok." (Maisha, 26)

"Teruskan belajar sehingga capai impian yang saya nak." (Nina, 28)

"Belajar betul-betul, dah besar boleh tolong mak ayah, jangan susahkan mereka." (Anon, 27)

"Cikgu sejarah saya ada kata dulu "Sekarang mungkin kamu benci saya. Tapi nanti kalau dah berjaya kamu akan ingat apa saya buat dan ajar ni untuk kebaikan kamu" itu ayat yang saya ingat sehingga sekarang." (Nia, 30)

"Pesan suruh belajar elok-elok dan jangan lupakan dia. Siap suruh jemput bila nak kahwin nanti." (Manja, 31)

"Kalau nak something perfect, buat benda tu berulang-ulang!." (Khai, 26)

Apa-apa pun kami mengucapkan selamat hari guru kepada mereka yang bergelar pendidik. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: