Bahaya! Ini 4 Tahap Melecur & Kesan Panjang Yang Terjadi Jika Kena Pada Anda
Jika berlaku pada anda, dapatkan bantuan segera.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kemalangan akan sering berlaku tidak kira masa, tempat dan ketika di mana pun kita berada
Sudah tentu, kita tidak akan dapat menjangka kemalangan ini daripada terjadi pada diri kita. Kadangkala kita rasa sudah menjaga diri dengan berhati-hati tetapi apakan daya.
Lebih pedih apabila ia terkena pada bahagian kulit dan anggota badan kita sendiri. Seperti kita tahu, kulit manusia ini sangat sensitif terutamanya apabila terkena bahan tertentu.
Melecur atau luka lecur adalah kecederaan pada lapisan kulit akibat terdedah kepada haba saperti api, cecair panas atau wap, stim, bahan kimia, arus letrik dari aliran letrik dan bermacam lagi.
Kulit manusia adalah organ penting yang berfungsi menghalang jangkitan dan melindungi cecair dalam tubuh.
Melecur tahap 4 adalah kesan kebakaran paling teruk dan dalam, menjejaskan ketiga-tiga lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang.
Tahap satu
Kecederaan yang hanya melibatkan lapisan luar kulit sahaja (lapisan epidermis). Ia tidak menyebabkan penembusan lapisan kulit yang lain.
Kesan: Kulit akan menjadi merah.
Tahap dua
Kecederaan yang menyebabkan penembusan lapisan kulit, menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan (lapisan dermis terlibat).
Kesan: Kulit akan menjadi merah, melepuh dan bengkak.
Tahap tiga
Kecederaan masuk ke lapisan paling dalam kulit. Boleh menyebabkan saraf merasa kebas.
Kesan: Kulit yang terbakar menjadi putih atau hitam dan hangus.
Tahap empat
Lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang. Saraf terlibat akan rosak sehingga mangsa hilang rasa sakit.
Kesan: Kulit mangsa akan menjadi kering, garing dan kemungkinan ‘masak’.
Cara pesakit merawat lecur
Lakukan:
- Sejukkan dan cuci bahagian terlibat dengan aliran air bagi mengurangkan sakit. Kaedah ini juga akan mengawal jangkitan dan mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.
- Bawa pesakit ke klinik atau hospital terdekat.
- Sapukan ubat penahan sakit atau ubat antibiotik.
- Kekalkan kebersihan pada bahagian terlibat bagi mengelakkan jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
- Menutup luka lecur menggunakan kain yang kotor pada kecederaan.
- Menggunakan ais pada luka lecur kerana ini akan menerukkan lagi kecederaaan.
- Menggunakan sebarang bahan tanpa nasihat doktor.
Lecur tahap pertama akan sembuh sendiri tanpa komplikasi. Lecur yang lebuh dalam komplikasi awal adalah kehilangan bendalir tubuh dari kulit yang luka.
Ini akan mengakibatkan hipotensi, suhu badan yang rendah dan shock. Sesak nafas disebabkan lecur pada saluran pernafasan, jangkitan kuman pada luka lecur dan kerosakan pada saraf dan otot adalah dijangkakan.
Antara komplikasi jangka panjang adalah pembetukkan parut dan kecacatan kekal serta juga psikologi trauma pada pesakit.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!