seismik

Senarai Pekerjaan Paling Banyak & Kurang Yang Diminta Di Malaysia Tahun 2024

Permintaan untuk pekerjaan dalam sektor teknologi maklumat (IT) telah meningkat tiga kali ganda pada tahun lalu.

Cover image via The Edge Malaysia & The Edge Malaysia (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Teknologi kecerdasan buatan (AI) dilihat semakin melonjak, landskap profesional pada tahun 2024 telah mengalami perubahan yang ketara, secara asasnya mengubah cara kerja dalam pelbagai industri

Dalam temu bual dengan New Straits Times, Presiden Persekutuan Majikan Malaysia Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata bahawa jawatan dalam AI seperti pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber mengalami permintaan yang tinggi pada 2024.

Sementara itu, pengarah urusan Jobstreet Vic Sithasanan berkata permintaan untuk pekerjaan dalam sektor teknologi maklumat (IT) meningkat tiga kali ganda pada tahun lalu.

"Statistik industri menunjukkan kekosongan kerja digital meningkat tiga kali ganda dan industri dengan kenaikan gaji median tertinggi ialah komputer dan IT, menurut Panduan Gaji JobStreet 2023," katanya.

Walau bagaimanapun, permintaan tidak terhad kepada industri berkaitan IT. Walaupun sektor IT terus mengalami pertumbuhan yang teguh, industri lain telah menghadapi kemerosotan dalam permintaan, ia menunjukkan transformasi yang lebih luas dalam pasaran kerja Malaysia.

Gambar sekadar hiasan.

Image via eweek

Berikut adalah senarai pekerjaan yang paling banyak diminta di Malaysia pada tahun 2024:

Gambar sekadar hiasan.

Image via Graduan

  • Pentadbiran dan sumber manusia
  • Jualan dan perniagaan
  • Perakaunan
  • Pemasaran dan penjenamaan
  • IT

Sementara itu, berikut adalah pekerjaan yang mengalami penurunan ketara:

Gambar sekadar hiasan.

Image via Definicion

  • Pekerjaan berkemahiran rendah yang melibatkan tugas rutin
  • Runcit
  • Buruh manual dalam pertanian
  • Kemasukan data

Berikut adalah lima industri yang menyaksikan pertumbuhan pesat:

Gambar sekadar hiasan.

Image via Ekathimerini

  • Teknologi dan IT
  • e-dagang
  • Kewangan dan fintech
  • Penjagaan kesihatan dan bioteknologi
  • Pelancongan dan perhotelan

Industri ini mengalami perubahan disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan pembelian dalam talian dan aplikasi e-dagang, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan aktiviti pelancongan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: