Tidak Sesuai Dimasak, Ini 5 jenis Makanan Anda Perlu Elakkan Masak Guna Air Fryer
Ingat semua!
Alat elektrik memasak seperti air fryer kini lebih memudahkan kerja kita di dapur
Terutama buat ibu-ibu atau suri rumah. Nak masak pun tak perlu bersusah sangat betul tak? Air fryer membuatkan kita lebih sihat daripada menggoreng dengan minyak.
Hal ini kerana menggunakan teknologi ini, dapat mengawal minyak dan kita juga boleh menggunakannya tanpa minyak pun! Pengguna boleh memasak makanan dengan lebih cepat, menjimatkan masa dan tenaga.
Namun, disebalik kesenangan teknologi ini, ada juga beberapa bahan memasak yang pengguna tidak boleh gunakan pada air fryer kerana ia mungkin berisiko.
Jadi, apa dia perkara yang boleh menyebabkan ia berisiko ini? Jom kita lihat di bawah.
1. Bahan adunan, perasa kering
Antara bahan pertama yang anda perlu elakkan adalah bahan adunan basah seperti adunan tempura lazimnya memerlukan minyak panas untuk mendapatkan kerangupan dengan cepat.
Memandangkan air fryer berfungsi mengedarkan udara panas, ia tidak mempunyai keupayaan untuk memasak makanan rangup seperti yang sepatutnya dimasak menggunakan kaedah tradisional. Pengguna mungkin menghadapi masalah sebahagian daripada adunan itu akan menitis semasa proses memasak.
2. Nasi
Seperti adunan bahan basah, beras mentah tidak sesuai untuk dimasak ke dalam air fryer kerana ia pula memerlukan air untuk memasak dan penggoreng udara tidak direka untuk jenis masakan ini.
Seeloknya anda memasak nasi menggunakan cara biasa di dalam periuk nasi ataupun di atas dapur gas kerana ia lebih memudahkan untuk memasak bahan ini.
3. Sayur
Makan sayur-sayuran hijau, seperti bayam, kangkung, sayur sawi, dan brokoli, sememangnya sangat sihat.
Walau bagaimanapun, sayur-sayuran hijau segar tidak boleh dimasak dalam air fryer kerana sayur-sayuran ini akan menjadi sangat lembut, malah hancur sehingga kandungan nutrisinya hilang.
4. Burger
Jangan sekali-kali memasak burger dan dagingnya dalam air fryer. Kerana, ia akan masak dengan cepat masak, keju akan cair, dan bentuk akan menjadi tidak menentu. Tidak perlu lakukannya, pasti tak berselera nak makan burger tu.
Penyelesaiannya, anda boleh memasak burger di atas kuali tidak melekat. Masak daging dahulu dengan sedikit mentega, kemudian susun ke dalam roti bersama lapisan lain. Kemudian, masak burger dalam kuali yang sama.
5. Bertih jagung
Jagung memerlukan kepanasan antara 400 dan 460 darjah Celsius untuk mengembang. Kebanyakan penggoreng udara tidak mampu mencapai suhu setinggi itu.
Bertih jagung akan mengembang dan isinya akan meletup ketika panas. Malah, ada sesetengah daripada bertih jagung akan terlekat atau tersangkut pada bahagian dalam air fryer. Jadi, ia tidak sesuai dimasak dalam air fryer tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!