seismik

[TIPS] "Check Sebelum Beli" - Ini 6 Cara Mudah Nak Pilih Udang Segar Di Pasar

Share dengan kawan-kawan!

Cover image via Vanilla Kismis & Grid ID

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila pergi ke pasar basah, ilmu dan petua itu penting untuk dibawa sekali bagi memilih bahan segar

Iyalah, kita mesti nak yang segar dan terbaik kan untuk makanan kita dan seisi keluarga. Sebab itu, kena ambil tahu sedikit sebanyak petua-petua sebelum membeli barangan ini tidak kiralah lelaki mahupun wanita.

Ia adalah perkara asas dan mudah sahaja sebenarnya nak kenal pasti bahan segar ini contohnya seperti udang kerana ramai yang masih tidak tahu apakah udang yang dibeli itu masih fresh atau tidak?

Jadi, di sini jom kami kongsikan kepada anda antara tips dan cara untuk anda membeli udang segar di pasar.

1. Lihat jika ada 'black spots'

Image via JALA

Kalau anda perasan, kulit udang mempunyai bintik hitam yang halus. Pastikan ia halus dan tak banyak kerana kalau bintiknya besar dan banyak, maknanya udang telah teroksida. Disebabkan udang dah lama, ia dipanggil 'melanosis'.

2. Bau laut atau ammonia

Image via Sea Products

Ini adalah salah satu petua paling mudah nak kesan. Kalau anda nak tahu udang itu lama atau tidak, ia keluarkan sejenis bau ammonia iaitu berbau busuk dan hanyir.

3. Tidak lembik

Image via Oke Lifestyle

Anda juga boleh pegang tekstur isinya. Udang segar kena cukup sifat. Bila pegang, kepala tak tertanggal. Isi perlu padat dan tak lembik. 

4. Kulit tak mudah terkopek

Image via Blog

Kulit udang yang masih segar tidak mudah untuk tertanggal. Namun, jika ia tertanggal, berkemungkinan udang itu sudah tidak segar lagi.

5. Lihat mata udang

Image via Kompas

Antara tips lain adalah dengan melihat mata udang tersebut. Kebiasaannya mata udang segar adalah dalam keadaan terjojol keluar.

6. Perhatikan warna udang

Image via Nakita

Anda juga perlu perhatikan warna udang. Kerana kita akan dapat lihat warnanya akan jernih, cerah dan putih coklat. Berbeza pula dengan udang tidak segar ia biasa berwarna kekuningan, kemerahan atau biru.

Jadi, selepas ini tiada alasan lagi tak tahu nak pilih udang segar ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: