seismik

Wanita Kongsi Rezeki Sebab Kesian, Tapi Budak Rohingya Ini Buang Balik Makanan Yang Diberi

Selamba je dia buang balik.

Cover image via @sapimonyanyoo_3 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika dilihat keadaan sekarang, ramai warga Rohingya kita boleh nampak dalam negara kita di Malaysia

Malah, ada sesetengah daripada mereka ini yang dilihat seperti mengikut 'kepala' sendiri. Banyak video yang kita boleh lihat sekarang sikap mereka yang melampaui batas.

Ia sekali gus telah menjejaskan imej negara di samping ada juga yang mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Baru-baru ini, seorang individu berkongsi sikap seorang kanak-kanak Rohingnya yang sesuka hati membuang makanan pemberiannya.

Elok hulur bagi makanan, tapi selepas itu dibuang

Menerusi video tersebut, seorang individu berkongsi dia telah didatangi seorang kanak-kanak perempuan Rohingya.

Kanak-kanak itu telah datang dan mengetuk cermin keretanya. Dia kemudian membuka dan memberikannya kek lapis.

Namun, kanak-kanak itu dengan selamba memuntahkan kembali makanan tersebut dan membuangnya kerana tidak sedap.

Perkara tersebut membuatkan wanita itu terkejut dan menegurnya agar jangan membuangnya kerana mahal. Dia terus menutup tingkapnya selepas kejadian berkenaan.

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: