Ibu Kecewa Sangka Anak Beli Air, Rupa-Rupanya Beli Mi Segera Cawan Dijual Depan Sekolah
Tak elok makan mi segera ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda adalah seorang ibu atau bapa, pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak bukan?
Ia termasuklah dari segi pemakanan. Pemakanan sangat penting dalam tumbesaran anak-anak. Daripada kecil inilah kita perlu beri mereka makanan yang sihat dan berkualiti.
Namun, zaman sekarang anak-anak mudah terdedah dengan makanan segera dan tidak menyihatkan. Pastinya ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa.
Terutama penjualan di luar sekolah. Hal ini kerana ramai peniaga mengambil kesempatan degan menjual makanan ringan dan segera kepada murid-murid.
Baru-baru ini, seorang ibu meluahkan rasa kesalnya selepas mendapat tahu ada penjualan mi segera di luar kawasan sekolah anaknya.
Harap peniaga faham situasi ibu bapa
Menerusi perkongsian tersebut, seorang wanita telah meluahkan rasa kecewanya terhadap peniaga di perkarangan sekolah anaknya.
Difahamkan, pada awalnya dia menyangka anaknya telah membeli air di luar perkarangan sekolah. Namun, terkejut selepas melihat anaknya memegang mi segera yang diisi di dalam cawan plastik.
"Saya percaya ibubapa disini juga ada yg mengamalkan sistem ‘meggi cheat day’ dirumah, dimana hanya waktu tertentu dan yang dibenarkan sahaja baru boleh dimakan.
"Jika didepan sekolah peniaga menjual secara terbuka, apa lah gunanya pemantauan ibubapa dirumah? Bagaimana pula jika anak membeli tanpa pengetahuan ibu bapa kerana teringin?.
"Saya sangat berharap peniaga dapat menbantu atau memahami kami sebagai ibu bapa untuk tidak menjual meggi didepan sekolah," tulisnya.
Namun, dia tidaklah bermaksud mahu menutup periuk peniaga berkenaan, malah hanya sekadar memberi nasihat kepada mereka untuk lebih peka dan bertimbang rasa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!