seismik

[VIDEO] Tak Puas Hati Side Mirror Kena Pukul, Pemandu Tesla Rempuh Penunggang Motosikal

Dua-dua pun salah.

Cover image via @dellidrus (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai pengguna jalan raya, kita perlu menjaga tingkah laku dan mengikut peraturan agar tidak menyusahkan pengguna lain

Jangan pula sebab kita nanti, pengguna jalan yang lain juga terkena tempias dan menyusahkan ramai pihak.

Banyak video kita boleh lihat hari ini pergaduhan di jalan raya di antara pemandu ataupun penunggang motosikal yang boleh membahayakan.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan pergaduhan di antara pemandu kereta dan penunggang motosikal di laman X.

Image via @dellidrus (X)

Dua-dua pengguna jalan raya tak nak mengalah

Menerusi video tersebut, kelihatan pada awalnya pemandu kereta Tesla itu telah memberikan lampu signal untuk memasuki lorong yang lain.

Namun, datang sebuah motosikal dari arah belakang yang kemudiannya dilihat memukul cermin sisi kereta berkenaan.

Perkara itu menyebabkan pemandu tersebut marah dan terus menghimpitnya sehingga jatuh ke atas jalan raya.

Sehingga kini, masih tidak tahu keadaan penunggang motosikal terbabit.

"Dua-dua salah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan ramai berpendapat kedua-duanya salah.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 3.7K repost dan 288 comments di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen di laman X:

Image via @dellidrus (X)
Image via @dellidrus (X)
Image via @dellidrus (X)
Image via @dellidrus (X)
Image via @dellidrus (X)

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: