"Tak Ada Sorang Boleh Fikir?" - Healing & Masak Di Stesen Minyak, Geng Ini Terima Kecaman
Dah kenapa masak dekat situ ya?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Banyak cara sekarang nak 'healing' tidak kira di mana kita berada
Namun, dalam pada kita 'healing' itu perlulah tengok keadaan juga sama ada tempat itu okay atau tidak betul tak?
Kecoh baru-baru ini, apabila sekumpulan anak muda yang menerima kecaman ramai selepas mereka memilih stesen minyak sebagai tempat untuk 'healing'
Siap memasak dekat stesen minyak
Menerusi video perkongsian di laman X, sekumpulan anak muda dilihat memilih sebuah stesen minyak di Genting untuk mereka berkumpul dan melepak.
Apa yang lebih mencetus kemarahan ramai adalah, mereka siap memasak mi segera di situ dan siap membuka kerusi lipat serta meja seperti tiada apa yang berlaku.
Perkara itu telah mencetuskan kemarahan ramai di media sosial yang menganggap mereka tidak berfikir akibat yang akan berlaku. Tambahan pula stesen minyak adalah tempat yang mudah terbakar.
"Dah takde open space lain ke? Ni bukan tempat rekreasi" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan diruangan komen mendapati netizen turut mengecam tindakan mereka tersebut yang boleh membahayakan pengguna lain.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 592.6K views, 3.7K repost dan 404 comments di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!