seismik

Suami Abaikan Amaran 'No Parking' Sebab Isteri Nak Bersalin, Sekali Terkejut Lihat Kereta

Sangat memahami.

Cover image via @adllybokhari (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan zuriat mereka masing-masing

Apatah lagi ia adalah cahaya mata anda dan pasangan, pasti rasa teruja itu membuak-buak untuk berjumpa si kecil ini.

Sudah tentu menjelang waktu kelahiran bukanlah isteri saja yang berasa cemas, tetapi suami juga akan turut merasainya.

Waktu ini si suami pasti akan sanggup melakukan apa saja demi proses kelahiran isteri berjalan dengan lancar betul tak?

Sama seperti perkongsian seorang lelaki ini yang melalui saat cemas ketika si isteri yang tiba-tiba mahu bersalin.

Parking kereta penuh, terpaksa parking di tempat larangan untuk bawa isteri ke hospital

Menerusi video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Adlly itu berkongsi momen ketika isterinya mahu bersalin.

Difahamkan, selepas melihat keadaan isterinya dia terus membawanya ke hospital. Namun, sesudah sampai, dia pula tidak menjumpai parking kereta dan keadaan menjadi semakin cemas.

Dia kemudian menjumpai sebuah tempat kosong tetapi ia dilarang oleh seorang pengawal. Pengawal itu memberitahunya di sini adalah tempat larangan dan tidak boleh parking, jika dia tetap parking, keretanya akan dikunci.

Namun, dia tidak pedulikan amaran pengawal itu dan terpaksa parking di situ juga selepas melihat keadaan isterinya. Tambahnya, dia sudah tiga kali mencari parking tetapi semuanya penuh. Justeru, dia akur jika betul keretanya akan dikunci.

Selepas lapan jam di dalam wad menemani isterinya, dia terkejut melihat keadaan keretanya yang masih elok dan tidak berkunci.

"Tiada clamp, terima kasih pak cik, semoga Allah permudahkan urusan pak cik," tulisnya.

Lihat video itu di bawah:

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: