seismik

Ibu Bapa Bawa Anak Beli Gelang Untuk Hadiah Hari Guru - "Bertuahnya Cikgu Dia"

Untung cikgu dia.

Cover image via @nurashikindin (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sambutan hari guru diadakan setiap 16 Mei bagi menghargai guru dan mereka yang bergelar pendidik

Kebiasaannya ia akan disambut di sekolah-sekolah bagi menghargai jasa mereka. Pada masa inilah murid-murid mengambil peluang untuk memberikan hadiah kepada guru kegemaran mereka.

Namun, lain pula dengan video di TikTok yang memaparkan ibu bapa membelikan hadiah gelang buat guru-guru anaknya telah mencuri perhatian.

Belikan gelang Habib Jewels sempena hari guru

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu dan suami telah membawa anak mereka untuk pergi membeli gelang.

Difahamkan, ia adalah bersempena dengan hari guru yang akan datang. Mereka telah membeli 10 gelang untuk dihadiahkan kepada guru-guru anaknya itu.

Video itu telah mendapat perhatian ramai dan ada yang memuji pemberian mereka yang dikira mahal.

"Best betul, memang ada parents yang suka menghargai macam ni" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan reaksi terkejut mereka selepas melihat hadiah yang akan diberikan kepada guru-guru itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 893.3K views, 21.3K likes dan 1,029 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@nurashikindin Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah . 10 orang guru nya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik2 #hadiahhariguru2024 #habibjewels #fypviral @HABIB Jewels Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version - sped up 8282

Murah rezeki mereka bagi hadiah dekat cikgu-cikgu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: