Balik Rumah Bakal Mentua, Ramai Terhibur Tengok Cara Pemuda Ini Makan Jering Cicah Budu
Terus sorok dalam tangan tu. Lawak!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Lumrah bagi sesiapa yang ingin berkahwin, kita harus mempelajari adat dan budaya negeri pasangan masing-masing
Mungkin ia agak kekok untuk kali pertama, tapi lama-kelamaan pasti kita sudah boleh terima budaya keluarga pasangan itu.
Seperti video yang tular di TikTok ini yang memaparkan seorang pemuda buat pertama kalinya balik ke rumah bakal mentua dan disuruh makan jering bersama budu telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Seumur hidup tak pernah cuba jering cicah budu, terus cuak bila bakal mak mentua suruh makan
Menerusi perkongsian video daripada @cikjenny, kelihatan pemuda itu sedang menikmati hidangan tengah hari bersama bakal mak mentuanya di Kelantan.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia dilihat kekok ketika disuruh makan nasi bersama jering cicah budu.
Reaksi wajahnya yang seperti cuak membuatkan teman wanitanya tergelak. Malah, dia cuba menyorokkan jering itu di dalam tangannya kerana tidak mahu makan.
Image via @cikjenny (TikTok)
Image via @cikjenny (TikTok)
"Bila kau orang Kelantan kahwin dengan orang Kuala Lumpur be like" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih sehingga 2.8M tontonan, 221.4K tanda suka serta 2K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pemuda itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @cikjenny (TikTok)
Image via @cikjenny (TikTok)
Image via @cikjenny (TikTok)
Image via @cikjenny (TikTok)
Image via @cikjenny (TikTok)
Image via @cikjenny (TikTok)
Image via @cikjenny (TikTok)
Image via @cikjenny (TikTok)
Biasalah tu first time kan, nanti lama-lama mesti dah biasa makan jering cicah budu. Silap-silap nasi tambah :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment