Relaks, Bangunan Senget Memang 'Design' Macam Tu, Pemaju Jamin Tak Akan Tumbang
Sebenarnya, ia memang direka bentuk sebegitu.
Semalam, warga kota dikejutkan dengan dakwaan bahawa bangunan 'senget' yang sedang dalam pembinaan di Jalan Conlay akan tumbang tidak lama lagi
Image via Twitter
Dakwaan itu barangkali muncul disebabkan oleh struktur bangunan tersebut yang sememangnya 'senget' dan tampak berisiko tinggi dari mata kasar. Runtuhan bangunan itu juga akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang dahsyat.
Sesiapa yang tidak menyelidik fakta dan membuat rujukan pastinya akan mudah terpedaya dengan dakwaan berkenaan yang tersebar secara meluas di rangkaian media sosial sejak semalam.
Namun begitu, dakwaan tersebut sebenarnya palsu dan tidak benar sama sekali
Pemaju projek, KSK Land menerusi satu kenyataan berkata gambar bangunan yang tular itu adalah antara projek menara berkembar tertinggi di dunia yang diberi nama Y008 di bawah projek 8 Conlay.
Memetik laporan Astro Awani, Pengarah Urusan KSK Land dan Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group, Joanne Kua memaklumkan gambaran struktur Menara B bangunan berkenaan sememangnya dibina mengikut reka bentuk sedemikian.
Image via KSK Land
“Reka bentuk unik menara itu menjadikannya kelihatan seolah-olah condong tetapi pihak kami menitikberatkan aspek keselamatan dalam memastikan kerja pembinaan dijamin selamat,” katanya.
Oleh itu, warga kota diminta bertenang kerana bangunan itu dijamin tidak akan tumbang
Jelas Joanne lagi, reka bentuk unik bangunan terbabit akan kelihatan condong jika diambil gambar dari sudut berbeza.
Image via kisahdunia.com
Pengurus keselamatan projek berkenaan juga mengesahkan pembinaan struktur bangunan itu mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Sementara itu, penularan mengenai berita palsu tersebut sedang disiasat dengan lebih lanjut oleh pihak polis.
Ingat, selidik dahulu. Jangan mudah percaya dan terpedaya:
Leave a comment