Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bapa Bawa Anak Syurganya Sertai Maraton Sempena Ulang Tahun Ke-15 Buat Ramai Terharu

Siapa blend bawang tak tutup bekas ni.

Cover image via @wiradihan (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa yang memiliki anak syurga wajar mendapat penghormatan daripada orang ramai

Walaupun dengan keadaan anaknya begitu, mereka tetap tabah dalam menjaga dan membesarkan anak syurga walaupun perlu melalui pelbagai dugaan demi kesejahteraan dan kegembiraan anak mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang bapa membawa sekali anak syurganya menyertai sebuah maraton di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Lihat video tersebut di bawah:

Cipta momen istimewa bersama sempena ulang tahun ke-15 anaknya

Menerusi video perkongsian @wiradihan itu, terserlah kegembiraan pada wajah anak syurga tersebut apabila dapat menyertai bapanya berlari maraton.

Lebih istimewa, tindakan bapa berkenaan membawa anak syurganya itu sertai maraton adalah sempena ulang tahun anaknya yang ke-15.

Image via @wiradihan (TikTok)

"Video simple pun boleh banjir air mata" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 766.2K views, 69.5K likes dan 2.2K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen menunjukkan reaksi terharu terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:

Image via @wiradihan (TikTok)

Image via @wiradihan (TikTok)

Image via @wiradihan (Twitter)

Seronok tengok anak syurga gembira :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment