seismik

[VIDEO] Wanita Pelik Kena Hon, Rupanya Ada Nota Wish Birthday Pada Bumper Belakang Kereta

Nasib akak tu tak keluar kereta marah-marah.

Cover image via @izzahanuar52 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali tibanya hari lahir keluarga mahupun rakan, kita pasti mahu lakukan sesuatu yang istimewa untuk mereka bukan?

Perkara yang paling biasa dilakukan adalah memberikan mereka hadiah, membelikan kek dan membuat kejutan.

Namun, lain pula yang berlaku di dalam sebuah video yang tular di TikTok memaparkan seorang wanita telah diprank oleh adik-adiknya sebagai cara yang unik dalam menyambut hari lahir kakaknya.

Lihat video tersebut di bawah:

Nota wish birthday ditampal pada bumper belakang kereta tanpa pengetahuan kakak

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berasa pelik disebabkan kenderaan di sekelilingnya secara tiba-tiba hon padanya.

Perkara itu telah membuatkan wanita berkenaan membebel di dalam kereta sambil dirakam oleh dalang prank iaitu adiknya.

Sebaik sahaja dia turun daripada kereta, barulah wanita tersebut perasan ada nota yang meminta supaya hon pada keretanya ditampal pada bumper belakang.

"Kelakor lahh akak dia bebel kakak-kakak" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 2.5M views, 196.5K likes dan 3.8K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:

Image via Twitter
Image via Twitter

Walaupun membebel akak ni boleh tenang lagi :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: