Ini 6 Tips Untuk Pemanduan ‘Jarak Jauh’ Yang Anda Perlu Ketahui
Sediakan payung sebelum hujan.
Jika kita perlu pulang ke kampung, perkara utama yang kita perlu ambil berat adalah kenderaan
Kali ini, kami akan senaraikan 6 tips yang anda boleh ambil sebagai persediaan pemanduan jarak jauh:
1. Servis kereta
Perkara yang paling utama dan perlu dilakukan setiap kali sebelum memandu jauh adalah servis kereta.
Pastikan anda hantar servis ke bengkel lebih awal dan minta 'basic service'. Ini bagi mengelakkan anda daripada dikenakan caj yang lebih mahal kerana lagi lewat anda hantar servis, lagi mahal bengkel akan caj.
2. Cermin pandang belakang yang besar
Sebaik sahaja anda menukar cermin pandang belakang yang lebih besar, anda akan rasa semua kereta patut gunakan cermin pandang belakang yang lebih besar.
Perkara ini akan membantu anda untuk kenderaan apa yang laju di belakang dan lorong mana yang mereka masuk kerana lebih banyak keluasan pandangan, lebih selamat pemanduan anda.
3. Pemegang telefon
Anda perlu dapatkan pemegang telefon yang bagus untuk tujuan navigasi. Perkara ini perlu bagi mengelakkan anda memegang telefon menggunakan tangan sambil memandu dan ini boleh mendatangkan bahaya.
Anda juga boleh dapatkan pemegang telefon yang boleh diubah kedudukannya mengikut kesesuaian masing-masing dan pastikan pemegang telefon itu statik dan tidak bergoyang-goyang.
4. Seatbelt Clipper
Pemandu selalunya akan mendapat lecet kecil di leher disebabkan berlaku pergeseran dengan tali pinggang keledar.
Akibatnya, pemandu tidak akan dapat fokus dalam pemanduannya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk pemandu mendapatkan clipper ini bagi memastikan pemandu selesa kerana lebih tinggi tahap keselesaan itu, lebih tinggi tahap keselamatan.
5. Peraturan Line of Fire (LOF)
Dalam istilah tentera, LOF bermaksud laluan peluru musuh dan apabila LOF dikesan, anda perlu jarakkan kenderaan jauh darinya.
Jadi, apa LOF di lebuh raya? Antara LOF yang boleh dikesan di lebuh raya adalah lori pelbagai saiz, kenderaan yang dibawa secara tidak cermat dan lorong yang terlalu sesak.
Jika di hadapan atau belakang anda ada unsur-unsur LOF ini, anda disarankan untuk memecut dan jauhkan kenderaan daripada LOF dan pastikan elemen LOF itu hilang daripada pandangan atau sekurang-kurangnya berada selang dua atau tiga kereta di belakang.
6. Alatan kecemasan
Antara alatan kecemasan yang wajib ada ialah electric pump, wayar jumper, dan dashcam.
Bagi dashcam, ini adalah pilihan masing-masing sama ada anda mahu beli atau tidak. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, beli sahaja dashcam yang biasa dan murah.
Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, alat ini boleh membantu anda untuk berhadapan dengan pihak insurans dan pihak berkuasa.
kredit: @projekhitam (Twitter)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!