seismik

Buku Terkenal Dijual Dengan Harga Yang Murah, Lelaki Dedah Sindiket Buku Cetak Rompak

Jarang dengar buku kena cetak rompak.

Cover image via @efanhamza (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selalunya bila saja sebut cetak rompak pasti kita akan terbayang penjual DVD di tepi bank bukan?

Bukan itu sahaja, cetak rompak  juga terkenal di platform atas talian di mana banyak laman web tidak rasmi yang menyiarkan rancangan televisyen atau filem secara haram.

Tapi pernahkah anda dengar buku yang dicetak rompak dan dalam kes ini bukan buku mewarna kanak-kanak tetapi buku daripada penulis terkenal dan banyak terjual.

Itulah yang didedahkan oleh seorang lelaki di Twitter ketika membuat balasan pada sebuah hantaran yang menunjukkan sejumlah buku dijual murah.

Lihat hantaran tersebut di bawah:

Memberi kesan membawa ke arah keruntuhan institusi moral

Tambahnya lagi dalam ruangan replies, dia menjelaskan apa yang dimaksudkan keruntuhan institusi moral seperti yang ditulis pada tweet asalnya.

Dia menjelaskan akan berlakunya penipuan dan pencurian hak cipta intelek dan apabila perkara ini semakin berleluasa undang-undang sedia ada akan menghadapi masalah untuk melakukan pengawalan.

Dalam pada itu, terdapat seorang lagi pengguna Twitter membuat hantaran memberitahu ciri-ciri buku cetak rompak.

Lihat hantaran-hantaran tersebut di bawah: 

"Buku pun ada cetak rompak?? Whatt" - Netizen

Susulan tularnya hantaran tersebut di Twitter, ianya telah meraih sehingga 2.8K reposts, 5.7K likes, 391 bookmarks dan 1.2M views.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap hantaran berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen lain daripada netizen di Twitter:

Kalau buku macam susah sikit je nak tahu ia cetak rompak ke tak :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

You may be interested in: