seismik

Sanggup Berlari Nak Tengok Peserta LTdL, Wanita Ini Tak Sempat Rakam Momen Lumba Basikal

Kesian akak tu.

Cover image via @aimangriezman (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika ada peluang untuk tonton kejohanan sukan secara langsung, sudah pasti kita akan bersedia untuk merakam momen tersebut

Rakaman-rakaman ini boleh menjadi bukti yang kita ada menonton sesebuah sukan itu secara langsung disamping berkemungkinan dapat merakam momen yang menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita berlari bagi merakam momen peserta-peserta LTdL lalu di kawasan kerjanya.

Lihat video tersebut di bawah:

Baru nak buka phone tahu-tahu dah habis

Menerusi video berkenaan, wanita tersebut dilihat sanggup berlari untuk memastikan dia sempat merakamkan momen peserta-peserta LTdL lalu di kawasan itu.

Malang bagi wanita itu, ketika dia baru sahaja mahu membuka telefonnya, para peserta kejohanan itu sudahpun habis melalui kawasan berkenaan.

"Benda ni jadi bila ada bunga api kat luar rumah, aku beria lari bukak gril, tahu-tahu piungg popp, habis. Eh sakit hati tau tak" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 557.8K views, 21.2K likes dan 508 shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apa cik, video ni dah ada, dengan mak cik sekali ada kat dalam :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

You may be interested in: