Tular Parodi Lagu 'Pinjam Seratus Nur Nilam Sari', Penyanyi Asal Awie Pun Join Sekali
Sekali 'owner' lagu sampai.
Nur Nilam Sari merupakan lagu nyanyian kolaborasi antara kumpulan Search dan Awie
Populariti lagu ini masih tidak lekang sehingga ke hari ini ditambah pula dengan kemunculan parodi lagu ini yang sentiasa dapat didengari di media sosial.
Baru-baru ini, tular sebuah video hantaran Awie di TikTok memaparkan dirinya menyanyikan lagu Nur Nilam Sari dalam versi parodi telah mencuri tumpuan.
Lihat video tersebut di bawah:
Penyanyi asal sporting nyanyikan balik parodi lagu itu
Menerusi video berkenaan, Awie dilihat bersahaja menyanyikan parodi lagu tersebut di mana lirik asalnya adalah "Pinjam sinarmu Nur Nilam Sari, buatku merempuhi malam" ditukar menjadi "Pinjam seratus, Nur Nilam Sari, pakai dulu bayar nanti".
Awie juga dilihat sporting menyanyikan lagu tersebut tanpa muzik dan tidak menunjukkan reaksi marah ataupun tegang walaupun lagunya itu diparodikan.
"Kalau asah bakat ni insya-Allah boleh jadi penyanyi ni. Suara merdu" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 3.4M views, 246.7K likes dan 17.7K shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok dilihat berseloroh seolah-olah mereka tidak mengenali Awie disamping memuji nyanyian merdunya itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!