"Kejam" - Lelaki Hempas Bata Pada Kucing Hingga Pecah Kepala Undang Kemarahan Ramai
Semoga pelaku dapat ditangkap dan dihadapkan muka pengadilan.
Penderaan terhadap haiwan sering dapat dilihat di media sosial
Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar atau melihat berlakunya kekejaman terhadap haiwan sehingga menyebabkan haiwan-haiwan itu terseksa dan mati.
Baru-baru ini, tular sebuah rakaman CCTV di Twitter memaparkan kejadian seekor kucing dihempas bata ke arah kepala oleh seorang lelaki.
Lihat video tersebut di bawah:
Ganjaran RM3,000 untuk saksi kejadian
Selepas tularnya video tersebut di media sosial, kejadian tidak berperikemanusiaan itu mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia.
Dalam sebuah hantaran persatuan itu di Facebook, ganjaran berjumlah RM3,000 akan diberi kepada saksi yang membantu mengesan, menangkap dan mendakwa suspek.
"Semoga manusia yang aniaya binatang ni hidup dia susah sepanjang masa sampai dia dah takda rasa nak hidup. Geramnya lah" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ia telah meraih sehingga 290.2K views, 1.4 reposts, dan 838 likes.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan reaksi marah dan mengecam tindakan lelaki berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!