Bapa Bengang Rambut Anak Kena Gunting Sebab Panjang, Balas Perkara Sama Dekat Anak Ustaz
Dah peraturan sekolah macam itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang bapa mengamuk di hadapan sekolah selepas rambut anaknya digunting
Difahamkan, seorang ustaz yang merupakan guru displin di sekolah berkenaan telah mengunting rambut anak lelaki tersebut kerana gagal mematuhi arahan sekolah.
Disebabkan itu bapa murid terbabit telah datang ke sekolah dan memarahi guru tersebut dan mempersoalkan tindakannya.
Sanggup balas balik gunting balik rambut anak ustaz pula
Menerusi rakaman CCTV, lelaki tersebut telah sedang memarahi guru berkenaan sambil diperhati beberapa individu yang lain.
Lelaki tersebut meluahkan rasa marahnya mengapa rambut anaknya dipotong dan memberitahu tidak salah berambut panjang kerana Rasullah SAW juga berambut panjang.
"Rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu tak? Rasulullah rambut macam mana? Aku tanya kau.
"Yang kau (guru) usik ini bukan anak binatang, kau tahu? Anak aku, kau faham?," tengkingnya.
Malah, difahamkan juga selepas perkara itu bapa murid berkenaan telah melakukan perkara sama terhadap anak guru displin tersebut dengan memotong rambutnya.
Image via Mohd Fadli Salleh (Facebook)
Image via Mohd Fadli Salleh (Facebook)
Image via Mohd Fadli Salleh (Facebook)
Lihat video itu di bawah:
Guru tu gunting rambut pun kemas, bukannya saja-saja nak gunting.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment