seismik

Warga Indonesia 'Culture Shock' Lihat Tandas Di Malaysia, Persoal Jenis Bidet Yang Diguna

Senang je pun nak pakai bidet tu, betul tak?

Cover image via @Cool_Wannabe82 (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penggunaan bidet sudah tidak lari dengan tandas di Malaysia

Tidak lengkap rasanya kalau masuk ke tandas tanpa bidet ini betul tak? Tambah pula ia lebih senang untuk kita mencuci kotoran.

Di pasaran juga kita boleh melihat pelbagai jenis bidet yang dijual. Ia terpulang untuk keselesaan dan kegunaan kita saja.

Namun, baru-baru ini tular apabila seorang lelaki warga Indonesia berkongsi rasa terkejutnya melihat jenis bidet yang ada dalam tandas di Malaysia.

Persoalkan jenis bidet yang ada dalam tandas Malaysia

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengguna twitter telah berkongsi kembali video reaksi seorang warga Indonesia yang terkejut melihat jenis bidet di Malaysia.

Menurut lelaki itu dia memberitahu 'culture shock' selepas memasuki tandas, katanya mengapa kebanyakan tandas di Malaysia menggunakan bidet jenis itu berbanding bidet tekan.

Malah, dia juga menyuarakan bidet itu lebih susah dipakai kerana perlu dipusingkan paipnya terlebih dahulu.

Lihat video itu di bawah:

Mudah je sebenarnya nak guna, mungkin dia je tak biasa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: