seismik

Individu Luah Rasa Kecewa Lihat Tempat OOTD Penuh Dengan Sampah - "Rosak Sebab Manusia"

Sayang kalau tak jaga tempat macam ni.

Cover image via @fizahusin_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, banyak tempat menarik yang kita boleh lawati

Malah, tempat-tempat ini selalunya akan dikunjungi ramai bersama rakan dan ahli keluarga. Jadi, kadangkala kita kena bersiap sedia dengan kesesakan ini.

Sudah tentu menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kebersihan persekitaran untuk kegunaan bersama.

Namun, baru-baru ini seorang wanita meluahkan rasa kecewanya selepas melihat tempat OOTD yang dipenuhi dengan sampah sarap.

View dah cantik tapi penuh sampah

Menerusi video tersebut, seorang wanita meluahkan rasa kecewanya selepas melihat keadaan di sebuah tempat.

Menurutnya, tempat itu sering menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar kerana view yang menarik dan ada yang menyambut sambutan hari jadi di sana.

Namun, kawasan berkenaan dikelilingi dipenuhi banyak sampah oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Bila tengok pemandangan dekat sini dah lawa, tapi dicemari dengan semua sampah yang dibuat oleh tangan manusia.

"Betullah orang cakap bumi ni rosak sebab tangan-tangan manusia," katanya.

Lihat video itu di bawah:

@fizahusin_

Kemain gambar nak lawa, lepastu tak ada sikap bertanggungjawab dengan semua sampah yang dah di buat, jangan sampai orang kampung buh pagar je dekat kawasan tu nanti, langsung semua tak boleh masuk. Nak masuk bergambar bayara dulu. Punya ramai kawan2 dia dekat situ tak ada sorang pun bawa 'otak'. Semua bawa 'sampah'. Useless jadi manusia kalau hal sekecil 'buang sampah' pun tak boleh fikir nak buang di tempat yang betul. Hmmm.

original sound - Fiza.husin

Dah datang tempat macam ini kenalah jaga kebersihan juga.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: