seismik

[VIDEO] Ramai Pelik Lihat Aksi Lelaki Selamba Makan Kulit Durian Cecah Sambal

Kita yang tengok pula rasa sakit.

Cover image via @gamiyatravel (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila cakap saja mengenai durian, pasti ramai yang suka akan raja buah ini

Tambahan lagi di Malaysia sekarang tengah musim durian, jadi memang banyak jualan buah ini kita dapat lihat.

Namun, dapat juga kita melihat beberapa konten luar negara mengenai buah durian ini dengan pelbagai reaksi mereka, ada yang suka dan ada yang tidak.

Terbaru, seorang lelaki mencuri tumpuan selepas aksinya memakan kulit durian telah mengejutkan ramai.

Selamba makan kulit durian cecah dengan sambal

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki telah diminta oleh pengikutnya untuk mencuba makan durian.

Namun, dia bukan memakan isi di dalam durian, sebaliknya telah memakan kulit durian yang dicecah bersama sambal.

Aksinya itu membuatkan ramai terkejut dan memberikan pelbagai reaksi mereka sehingga ada yang mempersoalkan adakah dia tidak sakit memakan kuit buah itu.

Lihat video itu di bawah:

Orang makan isi, dia makan kulit. Pelik-pelik jelah :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: