Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bapa Terharu Anak Pinjam & Pilih Buku Yang Sama Pernah Dipinjamnya Pada Tahun 1991

Difahamkan, buku tersebut dipinjam dari perpustakaan sekolah anaknya.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang bapa terharu anaknya memilih untuk meminjam buku yang sama pernah dipinjamnya 34 tahun lalu

Menerusi perkongsian Jacky Tan Kok Leong di Facebook, bapa itu memberitahu dua anak perempuannya sekarang sedang bersekolah di sekolah lamanya yang kini sudah menjadi SJK(C) Perempuan Klang.

Tan memberitahu salah seorang anak perempuannya itu telah membawa buku Siri Legenda-Legenda Malaysia: Si Andopal pinjaman dari perpustakaan sekolah tersebut.

Apa yang mengejutkan adalah buku berkenaan rupa-rupanya adalah buku yang pernah dipinjamnya pada tahun 1991.

SJK(C) Perempuan Klang.

Image via 30.com

Namanya dapat dilihat dengan jelas pada rekod yang ada pada buku pinjaman tersebut

Namanya dapat dilihat direkod pada bahagian rekod yang ada pada setiap buku pinjaman dari perpustakaan.

"Dua anak perempuan saya sekarang berada di sekolah yang pernah saya belajar, si adik tiba-tiba membawa balik sebuah buku berbahasa Melayu yang pernah saya pinjam semasa saya darjah 3.

"Agak mengejutkan buku itu dapat berada di tangan saya semula selepas 34 tahun berlalu, ini adalah satu momen yang saya hargai apabila dapat membaca buku ini semula," tulisnya.

Image via Jacky Tan Kok Leong

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment