"Bapak Sebijik" - Sahut Cabaran Makeup Ala Minah Rempit, Gadis Ini Buat Ramai Terhibur
"Ini namanya rempit upgrade" - Warganet.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila sebut je pasal 'minah rempit', pasti ramai di antara anda yang terus terbayang bagaimana rupa dan fesyen mereka bukan?
Antara fesyen mereka yang sering kita lihat adalah memakai baju lengan pendek, bertudung singkat, sanggul tinggi, seluar ketat dan berselipar tebal.
Namun, viral baru-baru ini mengenai sebuah video yang memaparkan seorang TikToker famous menyahut cabaran daripada warganet untuk makeup ala-ala minah rempit mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat tutorial makeup ala minah rempit, tak sangka pula menjadi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sallywhoo yang sememangnya terkenal dengan video tutorial makeup dan juga digelar sebagai CEO of membebel di TikTok, dia sering menyahut cabaran daripada followersnya untuk membuat pelbagai jenis makeup look.
Tetapi, kali ini sedikit berbeza kerana cubaannya untuk makeup seperti minah rempit berjaya mendapat perhatian orang ramai.
Apa yang lebih menghiburkan adalah makeup itu kelihatan sangat serupa dengan minah rempit pada akhir video berkenaan.
Image via @sallywhoo (TikTok)
Image via @sallywhoo (TikTok)
"Casing tu betul doh, menganjing dia another level haha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah berjaya meraih sehingga 1.2M tontonan, 165.1K tanda suka dan 3.4K perkongsian di TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur melihat kegigihan gadis itu yang sedaya upaya ingin meniru makeup dan cara minah rempit berfesyen.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @sallywhoo (TikTok)
Image via @sallywhoo (TikTok)
Image via @sallywhoo (TikTok)
Image via @sallywhoo (TikTok)
Image via @sallywhoo (TikTok)
Image via @sallywhoo (TikTok)
Image via @sallywhoo (TikTok)
Image via @sallywhoo (TikTok)
Masalahnya memang menjadi kot dia tiru, sumpah terhibur! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment