seismik

Gadis Ini Buatkan Baju Kurung 'Vaccine Friendly' Untuk Ibunya, Ramai Pula Minta Open Order

Kreatif!

Cover image via @usnaku (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, kita semua digalakkan untuk mengambil suntikan vaksin demi mencegah penularan wabak Covid-19

Namun begitu, ia menjadi sedikit masalah kepada kaum wanita yang bertudung kerana perlu menyinsing lengan baju sehingga ke atas.

Ramai yang bimbang kerana ternampak aurat, tambahan pula jika petugas barisan hadapan yang menyuntik vaksin itu adalah lelaki.

Tular baru-baru ini di Twitter apabila seorang gadis memuat naik dua keping foto baju kurung rekaannya sendiri khas untuk ibunya yang akan mengambil vaksin mencuri perhatian ramai.

Lihat ciapan penuh itu di bawah:

Timbul idea untuk buat baju kurung vaccine friendly untuk ibu

Menerusi ciapan oleh @usnaku, dia berkongsia mesej daripada ibunya yang mempunyai masalah lengan baju tidak boleh diselak sampai ke lengan untuk cucuk vaksin.

Disebabkan hal itu, muncul ideanya untuk menghasilkan sepasang baju kurung khas buat ibunya. Sesuai dengan namanya iaitu 'vaccine friendly', gadis itu membuat zip di bahagian lengan baju kurung itu supaya proses menyucuk vaksin ibunya lebih mudah.

"Bagus kalau ada baju ni, boleh guna waktu mengandung untuk ambil injection" - Netizen

Susulan tularnya ciapan gadis tersebut yang kini meraih 14.7K retweets, 29K likes dan 963 quote tweets di Twitter, rata-rata netizen turut kagum dengan idea baju kurung yang direka olehnya itu.

Malah, ramai yang sudah mula bertanya jika dia ada mengambil tempahan untuk baju kurung tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kami sokong baju kurung vaccine friendly awak sis! Semoga bisnes baru awak sukses :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: