Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Ini Tanggungjawab Saya" - Remaja 15 Tahun Ini Dipuji Jadi Wali Nikahkan Kakak Tersayang

Ismaildaniel telah kehilangan bapa tercinta, Ibrahim@Nordin Muhamad Ali, akibat kanser, ketika usianya hanya setahun.

Cover image via Harian Metro

Adanya wali merupakan salah satu rukun nikah dalam Islam

Image via Baitul Jannah

Mengikut tertib wali, bapa kandung hendaklah menjadi wali bagi semua perkahwinan anak perempuannya.

Sekiranya bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu; dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya. 

Image via Blog Hazril Hafiz

Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah lelaki yang beragama Islam, berakal, adil, merdeka, dan baligh.

Baru-baru ini viral kisah seorang remaja berusia 15 tahun telah menikahkan kakaknya di Dungun, Terengganu

Pelajar tingkatan tiga yang bernama Ismaildaniel Ibrahim itu telah menikahkan kakak keduanya iaitu Noriffa Akasha bersama pasangan, Ahmad Asyaf Syafik Ahmad Shamsuddin pada 14 Ogos yang lalu.

Image via Facebook Zulkarnain Zakaria

“Allah SWT beri saya ketenangan dan Alhamdullilah, saya berjaya menikahkan kakak.

“Pada mulanya, saya rasa gementar kerana bimbang akad saya itu tidak menjadi namun Alhamdulillah, semua berjalan lancar,” kata anak bongsu daripada empat beradik itu kepada Harian Metro.

Tambah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah itu lagi, dia telah berlatih beberapa kali sebelum berjaya menyempurnakan majlis berkenaan.

Ismaildaniel telah kehilangan bapa tercinta, Ibrahim@Nordin Muhamad Ali, akibat kanser, ketika usianya hanya setahun

“Sebagai anak tunggal lelaki, ini tanggungjawab saya apatah lagi ibu sentiasa berpesan arwah ayah mahu saya mengambil alih tanggungjawab itu," ujarnya.

Image via Facebook Zulkarnain Zakaria

Sementara itu, ibu kepada Ismaildaniel, Salmiah berkata, dia kagum dengan kematangan anaknya untuk menjadi wali serta menyempurnakan majlis nikah kakak kandungnya itu.

“Dia menjadi wali untuk perkahwinan kakak sulungnya dua tahun lalu tetapi dia enggan menikahkan kakaknya ketika itu kerana dia masih kecil.

Image via Facebook Zulkarnain Zakaria

“Pada mulanya, kami merancang mahu wakilkan kepada jurunikah namun Ismaildaniel minta izin untuk melafazkan akad sambil disaksikan jurunikah.

“Sebagai ibu, saya bangga apatah lagi tetamu yang hadir melahirkan perasaan kagum dengan kebolehan Ismaildaniel yang berjaya melakukannya dengan baik,” katanya.

Ekoran tularnya kisah ini, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan memuji adik Ismaildaniel:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Adik ini pun matang dari usianya, jadi wali kepada kakak

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment