Gadis Yang Pernah Viral Dalam Foto 'Wedding' Orang Lain, Bertemu Jodoh Dengan Dulang Boy!
Siapa sangka, tidak sampai setahun gambar itu tular, dulang boy dan gadis itu kini telah pun menjadi suami isteri.
Berbicara soal jodoh, ianya memang tidak dijangka
Jodoh itu Allah SWT berikan bertepatan dengan keadaan dan masa yang bersesuaian dengan kita.
Yakinlah bahawa Allah SWT sudah tetapkan jodoh kita semasa kita dilahirkan. Jodoh, rezeki, ajal, dan maut telah ditetapkan Allah SWT sejak roh kita dicipta. Bagi berhadapan dengan orang yang asyik bertanya tentang jodoh, jawablah begini, "Doakan saya, insya-Allah akan mendapat jodoh yang baik."
Boleh jadi jodoh anda sebenarnya sudah pun berada di depan mata. Cuma belum tiba masanya untuk anda bersama. Tunggu lagi setahun dua, nanti berkahwinlah kalian, seperti yang terjadi kepada kedua mempelai ini.
Buat mereka yang sudah lupa, pada tahun 2018 yang lalu, satu gambar yang dikongsikan jurugambar perkahwinan telah viral di laman sosial Twitter
Pada waktu itu, jurugambar yang bernama Afiq Musa itu telah berkongsikan sekeping gambar memaparkan seorang dulang boy sedang mengangkat sebuah beg tangan dan di belakangnya dapat dilihat seorang gadis.
Gambar tersebut menjadi viral pada ketika itu ekoran caption 'nakal' yang kononnya memuji beg tangan berona merah itu, walhal yang menjadi tumpuan sebenarnya adalah kemanisan dan kecantikan wajah gadis itu yang telah memukau mata orang ramai.
Siapa sangka, tidak sampai setahun, dulang boy dan gadis itu kini telah pun berkahwin.
Cute-nya, alahai!
Perkara ini telah diakui sendiri oleh gadis yang bernama Alia Syazwani itu melalui satu tweet yang kini sah menjadi isteri kepada Haziq Azlan aka dulang boy.
Mengetahui perkara ini, ramai warga Internet yang terkejut, teruja dan mengucapkan tahniah di atas perkahwinan tersebut.
Siapa sangka jodoh sebenarnya ada dalam gambar majlis perkahwinan orang lain?