Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Baru Berusia 11 tahun, Kenali Zara Aleesya Atlet Malaysia Termuda Di SEA Games 2023

Malaysia boleh!

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sukan Asia Tenggara (SEA Games) bakal berlangsung dari 5 hingga 17 Mei dengan atlet terbaik rantau ini bersaing di lokasi ikonik seperti Phnom Penh dan Tapak Warisan Dunia Angkor Wat

Sudah pasti, sebagai rakyat Malaysia kita mahukan yang terbaik untuk semua atlet yang bakal bertanding dalam kejohanan ini.

Kebiasaannya, atlet yang bertanding adalah dalam kalangan remaja dan dewasa. Hal ini kerana, mereka lebih berpengalaman dalam sukan yang diceburi.

Namun, tahukah anda sebenarnya Malaysia mempunyai atlet termuda di Sukan SEA kali ini? Jom kita kenali Zara Aleesya yang baru saja berusia 11 tahun!

Latar belakang Zara Aleesya Mohamad Suadi

Si cilik yang berusia 11 tahun ini telah dihantar ke kelas renang seawal usia enam tahun kerana ibu bapanya, Mohamad Suadi Samsuddin dan Haslinda Haron.

Anak jati negeri bersejarah, Melaka itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 2 Melaka dan telah terpilih menjadi atlet kebangsaan di Sukan SEA 2023 selepas menewaskan peserta yang lebih dewasa pada awal tahun ini.

Image via Zona Suri

Menjadi atlet termuda wakil dari Malaysia

Dengan bakat dan gaya renang menggunakan fin atau sirip bagaikan 'duyung cilik', dia akan bersaing bersama atlet dewasa apabila turun beraksi dalam acara finswimming.

Bercakap kepada sumber, dia memberitahu walaupun mempunyai perasaan gementar tetapi dia akan melakukan yang terbaik.

"Zara teruja untuk pergi ke Sukan SEA, tapi sedikit gementar kerana masih muda. Memang gementar lawan orang dewasa, tapi dah sampai ke tahap ini takkan nak patah balik, jadi Zara akan buat yang terbaik," katanya.

Malah, dia menambah ia menjadi lebih mencabar apabila dapat tahu akan berlawan orang dewasa dan berharap mampu capai sasaran yang ditetapkan.

Image via The Malaysian Reserve

Raih pingat di Kejohanan Finswimming Malaysia 2023

Dalam keterujaannya pergi ke luar negara buat kali pertama sekali gus melihat persekitaran yang berbeza serta suasana temasya yang dipenuhi atlet dari 11 negara Asia Tenggara.

Si cilik ini dipilih mewakili negara bagi acara 4x100 meter (m) dan 4x50m Surface berganti-ganti, selepas meraih lima pingat emas dan satu perak pada Kejohanan Finswimming Malaysia 2023 di Seremban awal tahun ini dengan catatan masa keempat terpantas bagi acara itu.

Image via Malaysia Finswimming (Facebook)

Kami doakan semoga selamat maju jaya buat si cilik ini! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment