Malas Nak Beratur Panjang? Ini Cara Mudah Anda Boleh Tukar Duit Raya Di Mesin ATM
Kan lebih mudah.
Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi, pasti ramai yang sudah membuat persiapan betul tak?
Sudah tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung halaman untuk berjumpa ibu ayah dan sanak saudara yang jauh.
Antara benda yang paling penting pada hari raya sudah tentunya duit raya. Ramai sudah menganggap pemberian duit raya sebagai satu ‘kewajipan’ selepas tradisi itu semakin subur dibudayakan dalam masyarakat setiap kali menjelang hari raya.
Menjelangnya hari raya, banyak kaunter-kaunter bank sudah mula dibuka untuk operasi penukaran duit raya. Tetapi, anda perlu sedikit bersabar kerana ia mungkin mengambil sedikit masa.
Namun, tahukah anda sebenarnya anda boleh saja tukar duit raya di mesin ATM?
Jom lihat caranya di bawah:
1) ATM Maybank
Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Maybank terpilih sahaja), pilih mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini’ yang boleh anda dapatkan duit raya baru.
Tekan pada ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah yang anda mahu keluarkan.
Untuk makluman anda, jumlah maksimum pengeluaran adalah RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 serba wangi dari mesin tersebut.
Anda juga boleh meminta sampul raya daripada kaunter depan jika ada.
2) ATM AmBank
Menurut senarai daripada AmBank, sebanyak 40 ATM di seluruh negara tersedia untuk mengeluarkan wang kertas RM10 sempena Hari Raya Aidilfitri. Walaubagaimanapun penukaran wang kertas adalah dihadkan pada RM300 setiap transaksi.
3) ATM Affin Bank
Terdapat sejumlah 51 cawangan Affin Bank dan Affin Islamic yang mempunyai mesin ATM Raya yang bernilai RM10 dan RM50.
Senarai Lokasi Mesin ATM Affin Bank untuk penukaran duit raya di seluruh Malaysia:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!