Zakat Fitrah Wajib Dibayar, Ini Kadar & Cara Bayaran Untuk Seluruh Negeri Di Malaysia
Info bermanfaat.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, bayaran zakat fitrah adalah wajib dilakukan oleh semua umat Islam
Nilai atau kadar zakat fitrah 2023 ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bagi setiap negeri di Malaysia.
Tujuan kita menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadan adalah bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Bayaran zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan bagi mengelakkan tanggungjawab itu tidak dapat ditunaikan pada saat akhir iaitu pada Hari Raya Pertama. Jadi, eloklah diselesaikan cepat betul tak?
Hukum Zakat Fitrah
Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:
"Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin?" (HR: Bukhari).
Di sini kami kongsikan kadar bayaran dan cara anda boleh bayar Zakat Fitrah mengikut negeri-negeri di seluruh Malaysia untuk tahun 2023:
Johor:
- RM7.00 / RM10.00
- Amil
- Zakat Johor Online Payment
Kedah:
- RM5.00 / RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
- Amil
- Zakat Kedah Online Payment
Kelantan:
- RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
- Kaunter Baitulmal
- Zakat Kelantan Online Payment
Melaka:
- RM7.00 / RM14.00
- Amil
- Zakat Melaka Online Payment
Negeri Sembilan:
- RM7.00
- SnapNPay
- Aplikasi ZakatN9
- Portal Pembayaran Zakat melalui www.zakatns2u.biz
Pahang:
- RM7.00
- Zakat Pahang Online Payment
Perak:
- RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
- Amil
- FPX melalui www.maiamp.gov.my
Perlis:
- RM7.00
- Amil
- Zakat Perlis Online Payment
Pulau Pinang:
- RM7.00 / RM12.00 / RM16.00
- Amil
- Zakat Pulau Pinang
Selangor:
- RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
- Amil
- Zakat Selangor
Terengganu:
- RM8.00/ RM10.00/ RM24.00
- Amil
- Zakat Terengganu Online Payment
Sarawak:
- RM7.00
- Amil
- Zakat Sarawak
Sabah:
- RM7.00
- Amil
- Zakat Sabah Online Payment
Kuala Lumpur/ Putrajaya dan Labuan:
- RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
- Melalui portal PPZ MAIWP
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!