"Bayar Online Juga Boleh" - Ini 10 Kaunter Zakat PPZ Yang Dibuka Untuk Pembayaran Zakat
Ada 10 kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.
Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting
Memetik petikan dari laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, hukum zakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad dari sudut petunjuk dan sabitnya.
Ia menjadikan hukum zakat itu jelas dan mudah diketahui dari sudut agama. Oleh itu, hukum orang yang menafikan wajib zakat adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.
(Surah al-Baqarah: 43)
Pejam celik sudah hampir sebulan kita berpuasa! Masyaallah, tahun ini lain betul nikmat berpuasa lebih-lebih lagi kita tidak lagi dalam fasa pandemik jadi, kita dapat meluangkan masa berbuka bersama ahli keluarga dan sahabat handai.
Rasa teruja, sebak semua ada! Tak sangka akhirnya kita kini dapat kembali bukan sahaja berpuasa bersama tetapi dapat juga beraya bersama-sama!
Dalam keterujaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, pastikan anda langsaikan Rukun Islam ke-3 iaitu menunaikan zakat! Lebih-lebih lagi masa 10 malam terakhir ini. Jangan risau, sekarang lebih mudah.
Ada 10 kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari!
Anda jangan khuatir, jangan takut sebab kaunter PPZ ini dibuka setiap hari sepanjang Ramadan dari pukul 8.15 pagi sehingga 4.30 petang. Waktu operasi ini termasuklah ketika cuti umum.
Anda boleh pilih mana-mana kaunter di bawah ini untuk pergi:
- Taman Shamelin Perkasa- Plaza Rah Kg.Baru
- Masjid Negara
- KLSC Wangsa Maju
- Presint 9 Putrajaya
- Presint Diplomatik Putrajaya
- Taman Tun Dr Ismail
- Kepong
- UTC Pudu Sentral
- Labuan
Pembayaran secara online juga boleh, lagi mudah dan cepat!
Kami faham, mungkin ada di antara anda yang tidak sempat nak pergi ke kaunter-kaunter ini secara fizikal.
Ada yang sempat tapi terlupa pula. Sudah malam baru teringat. Tidak mengapa, anda juga boleh bayar zakat secara online! Pukul 3 pagi pun boleh bayar. Anda boleh klik sahaja link di bawah ini:
- Zakat Fitrah – fitrah.zakat.com.my- Zakat Harta – zakat.com.my
Selain itu, anda juga boleh muat turun aplikasi MyZakat dengan klik pautan di bawah:
-Google Play: Klik sini
-Apple Store: Klik sini
Mudah bukan? Ambil masa beberapa minit sahaja untuk anda lengkapkan transaksi ini. Marilah kita sama-sama menunaikan zakat kita pada tahun ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!