seismik

Pesakit Gastrik Boleh Berpuasa, Ini Tips & Langkah Anda Perlu Ikut Untuk Elak Sakit

Anda boleh!

Cover image via Narayana Health & Bola

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramadan adalah bulan di mana umat Islam diwajibkan menunaikan Rukun Islam ketiga iaitu menjalani ibadah puasa

Namun, bagi penghidap gastrik, mereka pasti berdepan dengan kesukaran untuk menahan lapar dan dahaga pada sebelah siang kerana bimbang diserang penyakit itu.

Malah, masih ramai yang mempercayai mitos bahawa penyakit ini tidak boleh sembuh dan mereka tidak boleh berpuasa.

Sebenarnya mereka ini bukanlah tidak boleh berpuasa, mereka boleh tetapi perlu mengikut beberapa langkah yang selamat untuk menghindari sakit itu.

Jom kita lihat antara tips di bawah ini:

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Diagnosa

1. Elak ambil makanan berminyak dan bergoreng

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sindo News

Individu yang mempunyai penyakit gastrik dinasihatkan agar mengelakkan pengambilan makanan seperti, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak. Hal ini kerana ia boleh mendatangkan kerengsaan pada perut.

2. Elak minuman berkafein dan bergas

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wowkeren

Dari segi minuman, penghidap gastrik perlu mengurangkan atau mengelakkan minuman yang mengandungi kafein dan minuman bergas. Malah, minuman beralkohol. Anda dinasihatkan minum air kosong sekurang-kurangnya dua liter sepanjang malam pada bulan Ramadan.

3. Cuba berhenti merokok

Gambar sekadar hiasan.

Image via UM Surabaya

Selain itu, penghidap penyakit ini perlu menjalani gaya hidup sihat seperti termasuklah berhenti merokok kerana asap boleh memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Jadi, kalau boleh cuba secara perlahan-lahan untuk berhenti merokok demi kebaikan anda.

4. Jangan makan terlalu banyak sewaktu berbuka

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sbbkab

Iyalah setelah seharian berlapar dan dahaga, pasti nafsu makan itu membuak-buak betul tak? Sehinggakan pelbagai jenis makanan yang dibeli. Namun, dinasihatkan agar anda tidak memakan kesemua jenis makanan terlalu banyak. Kalau boleh jarakkan pengambilan makanan anda.

5. Standby ubat jika keadaan tidak mengizinkan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

Begitupun, jika keadaan makin bertambah teruk dan tidak mengizinkan anda untuk berpuasa, ambillah ubat-ubatan dengan kadar segera. Sekiranya gejala masih tidak berkurangan atau tidak berubah, pesakit perlu terus mendapatkan rawatan serta-merta di jabatan kecemasan.

Kalau keadaan makin teruk, terus dapatkan rawatan okay!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: