seismik

Ini 8 Jenis Makanan Popular Paling Dicari Pengunjung Ketika Ke Bazaar Ramadan

Jom cari!

Cover image via Free Malaysia Today & Lokallocal

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bazaar Ramadan merupakan tempat paling popular untuk membeli pelbagai juadah ketika bulan puasa

Ia juga adalah tempat yang memudahkan buat para ibu atau isteri yang tidak sempat memasak untuk keluarga mereka.

Selepas dua tahun tidak boleh beroperasi, kini bazaar Ramadan boleh dibuka seperti dulu dengan mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

Pasti ramai di antara anda yang berkunjung bazaar Ramadan kerana inginkan sesuatu makanan yang agak sukar untuk didapatkan ketika bulan biasa bukan? 

Jom kita lihat antara 8 makanan popular yang paling dicari di bazaar Ramadan:

Image via Kosmo

1. Martabak

Image via Keluarga

Siapa saja yang tak familiar dengan makanan ini bukan? Martabak menjadi antara makanan paling popular ketika bulan Ramadan. Ada yang sampai sanggup beratur panjang demi mendapatkan murtabak kegemaran mereka.

2. Sate

Image via The Smart Local

Walaupun sate kini lebih mudah didapat di mana-mana kedai, tetapi ada sesetengahnya tetap mahukan sate di bazaar Ramadan kerana mungkin rasanya lebih enak berbanding kedai di luar. Dengan dagingnya yang empuk dan lazat, dihidangkan pula dengan kuah kacang. Memang meleleh air liur!

3. Kebab

Kebab juga menjadi pilihan makanan bagi pengujung bazaar Ramadan. Dagingnya diapit dalam roti pita yang lembut dan diletakkan dengan sayuran, sos cili dan mayonis. Malah, kedai kebab di bazaar juga dilihat selalu panjang di bazaar Ramadan.

4. Ayam percik

Image via The Rakyat Post

Ayam percik menjadi makanan popular di bazaar Ramadan. Bila lalu saja depan kedai pasti membuat kita terasa lapar melihatnya. Ayamnya yang diperap dengan santan, serbuk kunyit., herba dan rempah ratus. Dipanggang pula atas arang. Rasanya memang cukup lazat!

5. Tepung pelita

Tepung pelita agak susah dicari ketika bulan-bulan biasa. Namun, bila kunjung saja ke bazaar Ramadan pasti anda akan menjumpai banyak gerainya yang menjualnya. Ini kerana tepung pelita sangat sinonim dengan bulan puasa.

6. Roti john

Walaupun roti john mudah dibuat sendiri di rumah, tetapi ramai yang lebih suka membelinya di bazaar Ramadan kerana boleh didapati dalam pelbagai saiz. Malah, ada kedai yang menjual roti john special seperti ditekap dengan cheese dan sebagainya.

7. Popia basah

Image via Iluminasi

Bila bercakap saja tentang popiah, pasti suasananya meriah bukan? Jika anda perasan, kebanyakan gerai popia juga akan dikunjungi ramai orang sehingga perlu beratur. Ini membuktikan ia menjadi juadah popular sepanjang Ramadan.

8. Nasi tomato

Pasti ramai disini yang memilih untuk berbuka bersama nasi sebab nanti rasa tak lengkap pula jika tak berbuka dengan nasi. Di bazaar Ramadan, ramai peniaga yang menjual pelbagai jenis lauk dan nasi. Antara nasi yang paling popular adalah nasi tomato. Sekali pandang saja terus rasa lapar.

Telan air liur pula tengok semua makanan ni. Rasa nak pergi bazaar nanti! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekaran

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: