seismik

Elak Tidur Sepanjang Hari, Ini Antara 7 Tips Untuk Anda Kekal Cergas Sepanjang Bulan Puasa

Selamat berpuasa semua!

Cover image via Kuali & Healthline

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pejam celik pejam celik, sekejap saja bulan Ramadan pun kini sudah tiba

Bulan Ramadan bukan sekadar bulan biasa dalam Islam, kerana ia adalah bulan yang paling mulia dan ramai orang berebut-rebut mahu melakukan amal ibadah.

Ia juga sinonim dengan berpuasa. Jadi, apakah persiapan bulan Ramadan anda untuk kali ini? Sudah bersedia?

Bulan Ramadan mengajar kita untuk menahan diri daripada makan dan minum daripada terbit fajar (Subuh) sehingga terbenamnnya matahari (Maghrib).

Sudah pasti rasa lapar itu tidak boleh lari semasa berpuasa, disebabkan itu ada yang ambil keputusan dengan berehat saja sepanjang masa kerana tidak larat. Tetapi, tahukah anda sebenarnya ada cara untuk anda kekal cergas sepanjang bulan Ramadan?

Jom lihat di bawah ini:

Gambar sekadar hiasan.

Image via t-online

1. Minum banyak air

Image via Today Line

Anda perlulah minum air sekurang-kurangnya 8 gelas cawan selepas berbuka hingga sebelum sebelum sahur.

Air juga boleh diambil dalam pelbagai bentuk hidangan, contohnya seperti sup sayur dan jus buah. Ia dapat meningkatkan kecergasan anda untuk berdepan sepanjang hari.

2. Kurangkan gula dan garam

Anda dinasihatkan untuk mengelakkan minum minuman berkarbonat dan minuman manis yang dicampur dengan gula. Hal ini kerana ia akan menyebabkan kita jadi cepat penat dan letih dan membuatkan kita sukar untuk menahan lapar sepanjang hari.

Disamping itu, garam juga antara elemen yang boleh menyebabkan kita mengalami masalah kehilangan air dengan cepat atau dehidrasi. Tubuh akan menjadi cepat letih dan akan cepat merasa dahaga.

3. Kurangkan kafein

Image via Verst

Ini adalah antara benda yang perlu elak iaitu dengan meminum kafein seperti teh dan kopi semasa bersahur. Hal ini kerana minuman jenis mengandungi kafein yang tinggi bersifat diuretik.

Ia akan memaksa tubuh anda untuk menyingkirkan air dan garam dengan banyak melalui air kencing. Akibatnya kita akan mengalami dehidrasi dan kehilangan banyak air semasa berpuasa.

4. Lebihkan sumber protein dan serat

Image via Womens Health

Ketahanan diri kita ketika berpuasa banyak dipengaruhi dengan pengambilan makanan dan minuman yang diambil semasa bersahur.

Untuk kekal cergas, adalah elok jika anda mengambil makanan seperti oat, roti, bijirin dan kurma atau yang lain mengandungi fiber. Ia akan membantu tahap ketahanan anda.

5. Buat senaman

Image via Kosmo

Sudah tentu ramai yang akan mempersoalkan hal ini dengan bertanyakan tak penat ke buat senaman pada bulan puasa? Sebenarnya anda tidaklah perlu membuat senaman yang berat.

Cukup sekadar melakukannya dalam masa 10 hingga 20 minit saja untuk membuatkan kita lebih cergas sepanjang bulan puasa.

6. Rehat dan tidur yang cukup

Image via Halodoc

Tidur yang cukup penting untuk anda kekal aktif pada keesokkan harinya. Cuba amalkan tidur awal di waktu malam kerana kita perlu bangun awal untuk bersahur.

Tidur yang cukup pasti dapat menjana semula tenaga anda terutamanya pada bulan puasa kerana pelbagai perkara perlu dilakukan.

7. Dapatkan bantuan suplemen

Antara salah satu cara untuk cergas pada bulan puasa adalah dengan pengambilan suplemen seperti vitamin untuk mengekalkan kesihatan.

Vitamin ini mungkin dapat membantu anda untuk mengelak daripada dehidrasi dan lesu badan sepanjang bulan puasa.

Jadi guys, jangan bagi alasan penat sebab berpuasa okay! Boleh cuba tips-tips di atas untuk kekal cergas ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: