“Baru Tahu” - Lelaki Ini Jelaskan Makna Di Sebalik Tongkeng Ayam Yang Ramai Tak Tahu
Penjelasan yang baik.
Jika pergi ke pasar malam pasti ada yang tidak melepaskan peluang untuk membeli tongkeng ayam bukan?
Rata-rata di sini menyifatkan tongkeng ayam itu adalah buntut ayam betul tak? Ramai yang gemar memakannya, namun ada yang menolak untuk menjamah makanan tersebut atas beberapa faktor seperti kebersihan.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menerangkan makna sebenar 'tongkeng' ayam telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Kongsi maksud sebenar bahagian tongkeng ayam
Menerusi video tersebut, lelaki yang bekerja dalam bidang penternakan itu menjelaskan apakah maksud sebenar tongkeng ayam seperti yang difikirkan selama ini.
Dia berkongsi bahawa tongkeng ayam sebenarnya adalah bahagian ekor ayam (bishop nose). Difahamkan, ayam hanya memiliki satu lubang sahaja yang digunakan untuk membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan.
Lubang itulah digunakan untuk proses penyahtinjaan, perkumuhan, pembiakan dan sebagainya.
Bagi ayam, buah pinggangnya terletak pada bahagian tulang belakang haiwan berkenaan. Malah, lelaki itu siap menunjukkan satu gambar yang memaparkan najis ayam.
Image via @yaimarcello (TikTok)
"Pencerahan yang baik. Siap ada klip kena berak. Hahaha" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada yang baru tahu mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 68.4K likes dan 1,969 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @yaimarcello (TikTok)
Image via @yaimarcello (TikTok)
Image via @yaimarcello (TikTok)
Image via @yaimarcello (TikTok)
Image via @yaimarcello (TikTok)
Admin pun baru tahu. Bagus penjelasan dia :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment