Basikal WX-R Vorteq Pelumba Negara Di Olimpik Paris 2024 Berharga RM385,800 Setiap Satu
Sebanyak RM7.5 juta telah dibelanjakan oleh ISN dan MSN untuk tujuan R&D bagi membangunkan basikal berteknologi tinggi itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda, Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bekerjasama membangunkan basikal berteknologi tinggi dengan jumlah RM7.5 juta secara keseluruhan bagi memastikan emas pertama Malaysia di pentas Olimpik menjadi kenyataan
Menurut laporan Harian Metro, hasil usaha keras ISN dan MSN itu, basikal berjenama WX-R Vorteq berjaya menambah baik dari segi kelengkapan teknologi terkini berbanding sebelum ini dan telah digunakan pelumba negara di Olimpik Paris ketika ini.
Difahamkan, harga untuk sebuah basikal berkenaan adalah RM385,800 setiap satu. Diperbuat daripada bahan karbon fiber yang lebih keras tetapi ringan dengan menggunakan teknologi aerodinamik terkini untuk memastikan rintangan angin lebih rendah.
Jaguh pecut berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang percaya dengan adanya basikal seperti itu dia dan rakan mampu memberi cabaran lebih sengit kepada pelumba dari Great Britain dan Jerman di Paris nanti.
Jelasnya, dalam edisi Olimpik sebelum ini, pelumba dari negara itu mempunyai kelebihan dari segi teknologi basikal yang digunakan dan itu membuatkan mereka lebih mudah mengatasi pelumba negara lain.
Untuk rekod, pada edisi Olimpik Tokyo 2020 lalu basikal WX-R Vorteq juga telah dibangunkan dan menelan kos RM13 juta
Walau bagaimanapun, Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman menyatakan dengan ada berbasikal seperti itu tidak bermakna ia memberi jaminan untuk dia dan rakan-rakannya untuk terus menang di Olimpik Paris nanti.
"Ramai tidak faham ingat ada basikal baru boleh terus menang. Sebelum ini kita tiada R&D (projek membangunkan) basikal ini, kita selangkah ke belakang dengan pesaing kita Great Britain, Jerman. Mereka sudah ada keistimewaan dari segi basikal untuk pelumba mereka dan dari segi teknologi, mereka selangkah ke depan.
"Kita mungkin berlatih bersungguh-sungguh tapi bila kita nak berlumba, kita dah di belakang waktu itu dan ia itu tidak adil tapi sekarang UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) ) sudah buat peraturan baru, selepas Olimpik Rio (Brazil 2016), semua basikal kena terbuka (di jual) di pasaran dan semua boleh buat R&D.
"Saya fikir kita patut bangga bukan semua negara buat. Malaysia dan Jepun antara yang bersungguh-sungguh mengembangkan serta membantu pelumba mereka. Ini adalah teknologi dalam sukan.
"Sekarang kita sudah sama dari segi teknologi sukan dengan Great Britain, Jerman mahupun Jepun. Sekarang pelumba pula kena buktikan sebab ia ibarat 'engine' yang akan menentukan kemenangan nanti," katanya.
Image via Azizulhasni Awang (Facebook)
Semoga pelumba negara kita berjaya membawa pulang pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment