seismik

Nur Dhabitah Sabri Mara Ke Separuh Akhir 3 Meter Papan Panjal Di Olimpik Paris 2024

Tahniah dan syabas Dhabitah!

Cover image via Majlis Sukan Negara Malaysia (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke separuh akhir acara 3 meter papan anjal selepas menduduki tangga ke-12 kelayakan

Menurut laporan Berita Harian, Dhabitah mengumpul 283.65 mata selepas lima terjunan dan akan beraksi untuk merebut tempat dalam kedudukan 10 terbaik daripada 18 penerjun esok.

Pemenang pingat emas Olimpik Tokyo, Chen Yiwen dari China mengungguli saingan dengan catatan 356.40 mata.

Penerjun Australia, Keeney Maddison di tangga kedua dengan 337.5 mata, manakala Vazquez Montano Aranza dari Mexico, ketiga (321.75).

Acara separuh akhir akan berlangsung di Pusat Akuatik Saint-Denis bermula jam 4 petang (waktu Malaysia) untuk mencari 10 penerjun terbaik ke final.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: