"Bau Sampah!" - Wanita Luah Rasa Kecewa, Peniaga Bazar Ramadan Jual Karipap Dah Berkulat
Tak berkat berniaga macam ni.
Setiap hari ada saja cerita kurang enak kita dengar mengenai makanan yang dijual di bazar Ramadan
Ramai peniaga mengambil kesempatan dengan menjual makanan dan minuman yang tidak berbaloi dengan harga.
Malah, sudah banyak cerita tentang makanan basi, masam dan berkulat yang pelanggan beli daripada para peniaga yang tidak ikhlas menjual.
Terbaru, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan marah selepas mendapati karipap yang dibeli di bazar Ramadan sudah berkulat dan berbau busuk.
Lihat perkongsian posting itu di bawah:
Beli karipap yang busuk dan inti dah berkulat
Menerusi perkongsian gambar daripada Emma Razali, kelihatan wanita itu mengunjungi sebuah bazar Ramadan di Kuantan untuk membeli juadah berbuka.
Menurut wanita itu, dia tidak sangka kali ini dia pula yang menjadi mangsa peniaga yang menjual makanan sambil lewa.
"Harini saya ada beli 2 paket karipap, tapi karipap yang dah berkulat. Mak dan kakak saya dah termakan sekali gigit, kakak saya bagitahu karipap rasa pahit. Bila dibuka tengok inti terkejut tengok inti dah berkulat. Kulit karipap pun berminyak macam dah banyak kali goreng"
"Bila dibuka satu-satu karipapnya, memang semua inti berkulat, dengan pakej bau sampah! Seumur hidup saya ini makanan yang paling teruk yang pernah saya beli. Bukan setakat berlendir rasa masam atau basi, tapi ni dah sampai tahap berkulat, mcm dah 3 ke 4 hari punya karipap yang tak habis tapi digoreng semula," luahnya.
"Ambil gambar kedai tu, tepek dekat sini. Apa punya peniaga buat orang macam ni" - Warganet
Susulan tularnya perkongsian posting itu yang kini mendapat 175 likes, 69 comments dan 36 shares di TikTok, rata-rata warganet turut meluahkan rasa geram dengan sikap peniaga di bazar Ramadan itu.
Malah, ada yang berterima kasih kepada wanita itu kerana berkongsi lokasi kedai si peniaga supaya orang lain tidak terkena benda yang sama.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di Facebook:
Image via Kepala Bergetar (Facebook)
Image via Kepala Bergetar (Facebook)
Image via Kepala Bergetar (Facebook)
Image via Kepala Bergetar (Facebook)
Kalau peniaga tu sengaja jual makanan yang dah berkulat dan busuk, memang tak ke mana lah perniagaan dia. Lepas ni hati-hati membeli di bazar Ramadan okay guys! :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment