Bawa Ibu Tunjuk Kelas Mengajar, Tapi Gelagatnya Kemas & Hias Kelas Ini Curi Tumpuan Ramai
Mother indeed knows better.
Setiap anak pasti mempunyai impian untuk membahagiakan ibu bapa, bukan?
Sebagai contoh, kalau mendapat pekerjaan sudah pasti benda pertama yang dibuat adalah memberitahu ibu bapa atau menunjukkan tempat kerja tersebut kepada mereka.
Begitupun, baru-baru ini tular apabila dalam sebuah video yang menunjukkan seorang wanita berkongsi pengalaman bersama ibunya ke bilik darjahnya telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Ajak ibu tengok kelas mengajar tapi ibu pula bersihkan dan kemas kelas
Menerusi video yang dimuat naik oleh @squishyadwi di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang merakam ibunya di sebuah bilik darjah tempat dia mengajar.
Apa yang menarik perhatian adalah ibunya sibuk mengemas kelas tersebut dengan memegang cermin tingkap dan meletakkannya kembali di tempat asal sambil melihat ke arah kamera.
Dalam video itu, dia dilihat tersenyum janggal dan berulang-alik melihat ibunya serta kamera apabila melihat tindakan ibunya yang terus membersihkan cermin selepas masuk ke dalam kelas itu.
Image via @squishyadwi (TikTok)
"Nasib dapur je tak ada, semua mak dia nak masak bagi makan" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 152.7K views, 12.7K likes dan 23 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat ibunya dan memberi komen mencuit hati mengenainya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @squishyadwi (TikTok)
Image via @squishyadwi (TikTok)
Image via @squishyadwi (TikTok)
Image via @squishyadwi (TikTok)
Biasalah mak-mak mana boleh nampak benda yang menyerabutkan mereka, terus dikemas satu tempat itu! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment