seismik

Wanita Jumpa Makanan Dalam Beg Masa Tunggu Turn Renew Passport Ini Buat Ramai Boleh Relate

Macam mana ada dalam beg itu ya?

Cover image via @maryam_johari3025 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Imigresen merupakan salah satu agensi yang menyediakan perkhidmatan kepada warganegara Malaysia dan juga asing

Sebagai contoh, perkhidmatan mengeluarkan visa, passport dan juga kad pengenalan bagi warganegara tempatan. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu terjumpa sesuatu di pejabat imigresen telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@maryam_johari3025 Member dh lapar. Jgn dicabar. Mana tempat immigresen yg xlama eh! Ni sabar tak sabarlahh #renewpasport #immigration #fyp Funny - Gold-Tiger

Terjumpa paket perencah bihun dalam beg sebab lapar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @maryam_johari3025 di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam passportnya dan dokumen lain sambil menunggu nombor gilirannya untuk dipanggil di sebuah pejabat imigresen. 

Apa yang menarik perhatian adalah dia dilihat terjumpa paket perencah bihun ketika dia mencari sesuatu di dalam begnya kerana lapar. 

"Kalau nak tunggu tempat-tempat kerajaan gini, saya bawak beg macam berpiknik, biar tenang otak boleh makan haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 123.1K views, 1,047 likes dan 51 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontannya dan boleh relate dengan situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Boleh dah nak masak tu kak :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: