seismik

Gelagat Lelaki Rakam Diri 'Kunyah' Lirik Lagu Depan Abang Polis Buat Ramai Terhibur

Berani betul dia nyanyi ya.

Cover image via @m.idham.__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah pasti kita suka menyanyi lagu bila-bila masa saja

Ini kerana menyanyi dapat menghilangkan tekanan dan menimbulkan kegembiraan dalam kehidupan. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki menyanyi lagu telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Selamba rakam diri 'kunyah' lirik lagu depan abang polis

Menerusi video yang dimuat naik oleh @m.idham.__ di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang merakam dirinya sendiri sambil diiringi oleh sebuah lagu di sebuah kawasan jalan raya pada waktu malam.

Dalam rakaman itu dia dilihat menyanyikan bahagian rap lagu OST Polis Evo 3, Ayuh yang dinyanyikan oleh Aman RA, Ernie Zakri, dan Malique. Apa yang menarik perhatian adalah dia menyanyikan lagu tersebut dengan lirik 'berterabur' dan berbeza dengan lirik asal. 

Paling menghiburkan, dalam video itu kelihatan dua orang polis trafik di belakangnya yang sedang buat hal sendiri sambil lelaki berkenaan 'kunyah' lirik lagu.

"Polis buat-buat tak nampak jelah malas nak ambik kes berat sangat gayanya ni haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 325.1K views, 54.3K likes dan 459 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut dan memberi komen mencuit hati mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia punya berani tu sampai bedal je lirik lagu, ada polis pula tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: