seismik

[VIDEO] Lelaki Buat Prank Dekat Member Depan Pintu, Reaksinya Pula Curi Tumpuan Ramai

Terkejut betul tu.

Cover image via @uhqil (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bergurau adalah perkara normal yang mewarna-warnikan kehidupan

Iyalah, kalau kita asyik serius sepanjang masa sudah pasti hidup amat membosankan. Lagipun, bergurau dapat menghilangkan tekanan dan membuat kita gembira.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki membuat prank terhadap kawannya telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@uhqil lepas kejadian ini, hamba ni dah jadi arwah #fyp original sound - madoinheaven

Buat member terkejut depan pintu kelas

Menerusi video yang dimuat naik oleh @uhqil di TikTok, kelihatan seorang pelajar lelaki dirakam sedang mencangkung sambil menunggu kawannya keluar di sebalik dinding.

Dia dilihat ingin membuat prank terhadap kawannya selepas habis kelas. Apa yang menarik perhatian adalah reaksi wajah kawannya apabila diberi kejutan. Dalam video itu, kawannya dipaparkan amat terkejut sehingga matanya kelihatan terbeliak dan mulutnya terbuka luas. 

Hal itu menyebabkan dia tidak dapat menahan ketawa apabila melihat reaksi kawannya. 

Image via @uhqil (TikTok)

"Aku ni pasang high volume, sekali aku terkejut bang haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 158.4K views, 27.4K likes dan 77 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi lelaki tersebut dan memberi komen mencuit hati mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @uhqil (TikTok)
Image via @uhqil (TikTok)
Image via @uhqil (TikTok)
Image via @uhqil (TikTok)

Sampai macam tu sekali dia terkejut ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: