seismik

Rahsia Gelap Keluarga Lambert Terungkai Dalam Filem Terbaharu 'Insidious: The Red Door'

Peminat francais Insidious pasti tidak akan menyesal tonton!

Cover image via Deadline

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Francais filem seram terkenal, Insidious yang meraih sambutan hangat dalam kalangan peminat kini kembali bersama Insidious: The Red Door

Mengekalkan kembali plot tentang keluarga Lambert yang masih dihantui oleh kejadian seram seperti dalam filem terdahulu iaitu The Red Demon.

Biarpun, jalan ceritanya masih sama, Insidious 5 menyajikan kebenaran masa lalu keluarga tersebut yang gelap dan kelam serta menjawab segala persoalan yang ada.

Walaupun tidak diarahkan oleh pengarah yang terdahulu iaitu James Wan, apa yang membuatnya menarik adalah ia diarahkan oleh pelakon utama itu sendiri iaitu Patrick Wilson iaitu memegang watak sebagai Josh Lambert.

Image via Sony Pictures

Tidak lengkap naskhah seram ini tanpa memaparkan keluarga Lamberts yang perlu menghadapi bahaya berkaitan dengan hubungan anaknya menjadi pengantara alam ghaib

Berkisahkan Dalton yang diterima masuk ke dalam kolej berprestij dalam aliran seni, namun ia turut untuk membawanya kembali terjebak kisah silam apabila syaitan dari masa lalu keluarga itu kembali menghantui mereka.

Dalam karya berkenaan, ayah dan anak ini harus merantau lebih dalam ke dimensi The Further berbanding sebelum ini tambahan pula, kewujudan Dalton (Ty Sympkins) yang sudah menginjak dewasa menjadi penguat cerita.

Mereka juga perlu berhadapan dengan ketakutan terbesar mereka dan mencari cara untuk mengakhiri iblis yang menghantui mereka selama ini. 

Image via Dexerto

Peminat francais filem seram ini pasti tidak akan menyesal jadi apa lagi, jom tonton di pawagam berdekatan anda!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: