seismik

[VIDEO] Anak Bawa Ibu Bapa Pergi Jalan Nak Fitting Baju Kahwin Ini Buat Ramai Terharu

Cantik sangat baju kahwin mereka!

Cover image via @azurabohari88 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah pasti, impian semua anak-anak adalah untuk membahagiakan ibu bapa mereka

Sebagai contoh seperti memberi pelbagai hadiah atau membawa mereka berjalan-jalan sekaligus dapat meluangkan masa bersama-sama.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan pasangan suami isteri memakai baju kahwin di sebuah butik telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@azurabohari88

tahun ni tahun ke 38 tahun abah Dan mak membina masjid Dan Mempunyai anak yg taat lagi cantik seperti Ku.. umur abah 68 umur mak 57 beza 11 tahun sbb dlu abah tipu mak masih nk kawen..dia kata umur nya 21 padahal umur dah 29 tahun time kawen.. mak X bercinta sgt pun time tunang.. org dulu2 kan bila dah kantoi, kawen je lah.. nk buat mcm mana dah jodoh semoga abah Dan mak kekal sihat Dan Di panjangkan umur, kerana Kami belum puas bahagiakan mak abah

Nyaman - Ash Fasryll

Mak cuba baju kahwin sebab nak main kahwin-kahwin dekat butik

Menerusi video yang dimuat naik oleh @azurabohari88 di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam ibu bapanya di sebuah butik baju. 

Dalam video itu dapat dilihat ibunya mencuba-cuba saja baju kahwin berwarna hijau kerana itu adalah warna kegemarannya. Bapanya juga kelihatan sedang memakai baju pengantin itu di sebalik langsir selepas dipaksa ibunya. 

Tambahan pula, ibunya turut meminta full set bagi aksesori baju pengantin itu dan dipaparkan sedang didandan oleh pekerja butik itu sambil duduk di atas sofa. 

Di akhir video berkenaan, ibu bapanya dilihat sedang bergaya dan menunjukkan kemesraan seperti pengantin sambil dirakam olehnya. 

"Bangun pagi tengok telefon senyum sendiri aku pagi ni, terbaik pak cik dan mak cik" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 492.6K views, 56.8K likes dan 2,069 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut suka dengan gelagat pak cik dan mak cik yang disifatkan amat sweet

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sweetnya, semoga bahagia sehingga ke jannah! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: