seismik

[VIDEO] Niat Dua Lelaki Nak Buat Video Healing Dalam Kereta Tapi Lain Pula Yang Jadi

Terdiam terus ya.

Cover image via @brrystrw (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Healing merupakan bentuk aktiviti yang dibuat oleh mereka yang inginkan ketenangan

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dibuat seperti bersenam, yoga, bercuti di mana-mana tempat yang mempunyai pemandangan indah bagi menyembuhkan luka yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan dua orang lelaki sedang healing dalam kereta telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Nak healing dengan lagu galau tapi terbuka takbir raya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @brrystrw di TikTok, kelihatan dua orang lelaki sedang lepak sambil merakam diri mereka di dalam kereta untuk membuat video healing

Dalam video itu, seorang lelaki dilihat mengajukan sebuah idea untuk mengajak kawannya merakam video sedang healing bersama-sama. Mereka dilihat memutarkan radio untuk mencari lagu galau yang sesuai untuk healing

Namun, mereka tidak tersengaja memainkan takbir raya menyebabkan mereka berdua terdiam dan hanya mampu tergelak sambil menutup mulut kerana terkejut. 

"Pernah sekali macam ni galau sangat sekali tukar siaran noh rokiah sekali istigfar nok, terus insaf haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 100.8K views, 15K likes dan 137 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut boleh relate dengan kejadian tersebut dan memberi komen mencuit hati mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kebetulan pula ya takbir raya berkumandang :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: