OHSEM360 Bersama Media Prima Sediakan Platform Untuk Pemasaran PKS
Platform pemasaran 360 untuk kuasakan PKS lonjakkan jenama dan jualan.
Media Prima Berhad (MPB) bersama Dattel Asia Group (DTL) akan menganjurkan acara pemasaran terulung iaitu OHSEM Marketing 360 bersama Media Prima (OHSEM360) di Malaysia pada 10 Ogos 2023 bertempat di Hotel Pullman, Bangsar
Acara ini juga disokong oleh unifi Business, OMNIA dan REV Media Group sebagai rakan strategik Platinum.
Objektif utama OHSEM360 adalah untuk memberi pendedahan kepada PKS mengenai teknologi dan solusi pemasaran terkini. Tema utama yang diketengahkan adalah Iklan, AI dan Konten.
Tiga elemen ini penting untuk mempastikan pemasaran produk dan perkhidmatan PKS mendapat ROI yang dikehendaki dengan kos yang paling efektif.
OHSEM360 mempunyai tiga (3) komponen utama iaitu:
1. Bicara OHSEM bersama Naz (Nazruddin Abdul Rahman, hos Jalan Jalan Cari Makan)
2. 30 sesi workshop atau masterclass
3. 40 pameran teknologi dan solusi pemasaran
Selain perkongsian oleh pakar dari industri, PKS juga dapat peluang untuk mendapat pakej pakej pengiklanan dan solusi pemasaran dengan harga durian runtuh
Menurut COO Media Prima OMNIA, Mohd Fendi Omar, "Saya berharap PKS dapat merebut peluang untuk mendapat solusi yang menyeluruh untuk mereka lonjakkan jualan dan jenama produk mereka. Platform OHSEM360 memberi PKS aspek pemasaran secara 360!."
Di antara pakar industri yang akan berkongsi termasuklah Ashran Dato Ghazi (CEO Dattel Asia Group), Mohd Effendi Omar (COO, Media Prima OMNIA), Ts Yusman Ammeran (Ketua Unit SME, unifi Business), Nadira Yusoff (CEO Kiddocare), Dato Abdul Al Halim Al Fadzil (CEO, Alha Alfa Legacy), Richard Ker (CEO, Richard Ker Digital), Datin Norashikin Habibur Rahman (COO, WOW Shop) dan ramai lagi.
"Platform OHSEM360 telah di susun agar ia bukan setakat satu platform perkongsian dan pembelajaran, malah ia adalah satu platform di mana PKS boleh mengambil tindakan terus untuk perniagaan mereka. Ini penting kerana kita tahu PKS kesuntukan masa dan perlu bertindak pantas.
"InsyaAllah OHSEM360 akan mempercepatkan lagi proses untuk memilih solusi yang sesuai untuk mereka," kata CEO Dattel Asia Group, Ashran Dato Ghazi.
Topik-topik yang akan dikongsi semasa OHSEM360 merangkumi pengiklanan di pelbagai platform seperti TV, Radio, DOOH, Laman Kandungan Premium REV, Laman Media Sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram.
Tidak ketinggalan juga perkongisian platform yang dapat membantu usahawan dalam mendapat profile pengguna sasaran, membangunkan 'copywriting' dan kreatif berlandaskan AI.
Topik yang akan menarik minat usahawan termasuklah peluang untuk pamer dan jualkan produk melalui WOWShop dan juga pencerahan mengenai rangkaian audiens digital terbesar di Malaysia iaitu REV Media Group.
"unifi Business sentiasa prihatin & peka kepada kehendak PMKS dan sokongan kami kepada OHSEM360 berlandaskan aspirasi kami dalam membantu transformasi pendigitalan perniagaan PMKS," kata Ketua unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran.
Salah satu aspek penting untuk usahawan adalah kos pemasaran. Oleh itu, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai insentif untuk membantu usahawan dalam aspek ini.
Di antaranya adalah baucer pengiklanan bernilai RM7,000 kepada semua peserta yang hadir OHSEM360, akses kepada platform data konsumer bernilai RM10,000, dan diskaun sehingga 85% untuk produk pengiklanan dan teknologi pemasaran.
Untuk mendapat kesemua insentif, anda hanya perlu daftar kehadiran anda di www.ohsem360.com dan hadir pada 10 Ogos ini untuk tebuskan insentif-insentif tersebut kerana semua ini terhad pada hari OHSEM Marketing 360 bersama Media Prima sahaja!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!